
metaphor representing all the races in Malaysia. I hope I'm right.

INGREDIENTS
500 g sweet potatoes - boiled, peeled and mashed / 500 g keledek, kopek rebus dan lecek
1 cup flour / 1 cawan tepung
3 cups thick coconut milk / 3 cawan santan pekat
1 cup water / 1 cawan air
1 cup sugar / 1 cawan gula
3 screwpine leaves / 3 helai daun pandan
coloring of your choices / warna pilihan anda
1/2 tsp salts /. 1 sdt garam
- Mashed potatoes and add in flour to form soft dough./ Lecek keledek dan masukkan tepung menjadikan satu doh lembut.
- Divide into 4 and color base on your preference / Bahagi doh kepada 4 bahagian dan warnakan mengikut pilihan anda.
- Roll up into small balls / Bentukkan doh sebesar sebiji guli.
- Heat up water in a pot and blanched the potatoes. Remove and put in cold water for 5 minutes and drained. / Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan bebola keledek tadi. Masak seperti membuat onde-onde. Angkat dan rendam dalam air sejuk selama 5 minit. Angkat dan toskan
- In another pot, heat up coconut milk, sugar, water saltsand screwpine till bubbles. Add in the cooked potatoes balls/Dalam periuk yang lain masak santan, air, gula, garam dan daun pandan sehingga mendidih. Masukkan keledek yang direbus tadi biar mendidih seketika. Angkat dan hidang.
Bubur Malaysia, pencuci mulut kegemaran keluarga. Macam bubur cha-cha tetapi dibuat dari keledek, macam biji salak tapi tidak. Mempunyai rasnya tersendiri. Saya paling gemar memakanya apabila didinginkan semalaman, rasa macam ais krim Malaysia pun ada. Nama Bubur Malaysia datangnya mana saya sendiri tidak tahu tetapi kalau dilihat pada warna-warna bubur ini boleh diagak mungkin disebabkan warnanya pelbagai yang seakan menggambarkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia...mungkin....jadi bersempena dengan hari Malaysia saya hendak kongsikan dessert favorite keluarga saya...selalunya arwah umi membuatnya dalam bulan Ramadan. Petang ini kalau binggung apa nak buat juadah petang cubalah resipi ini.
Next Post - Saturday Breakfast Menu
_________________________________________________________________
2 comments:
selamat hari raya kak paty.. 1st time dengar nama bubur malaysia ni.. rasa cam sedap je sebab guna sweet potato fresh ek
Salam Izzah, SELAMAT HARI RAYA, nampak Izzah raya sakat dengan member2 semua!!!,hem...memang sedap bubur ni favorite arwah umi, kecik-kecik dahulu arwah selalu buat buka puasa. Macam bubur cha-cha juga tapi versi keledek.
Post a Comment