Pages

Thursday, March 12, 2015

2 COLOUR SAGO GULA MELAKA



Sago Gula Melaka ini rasanya dessert favourite..jika kita makan  di mana-mana hotel buffet. Boleh dikatakan kebanyak hotel menyediakan dessert ini. Mungkin kerana keaslianya atau pun kerana terlalu mudah menyediakannya.

Saya mula mengenali dessert ini ketika berlajar sains rumahtangga di sekolah menegah. Biasanya dibuat warna asalnya putih tapi untuk kali ini  saya warnakan dan layerkan. Dessert sesuai tak kala cuaca panas sekarang. I enjoy lemak santan dan gula Melaka..ternyata satu kombinasi yang cukup enak.



Sago Gula Melaka

Untuk Sagonya

  • 200 g sago diremdam dahulu
  • 700 ml air
  1. Didihkan air dan masak sago sehingga jernih
  2. Angkat dan basoh dengan air paip
  3. Tuang dalam acauan atau mangkok hidangan
  4. Boleh diwarnakan sago mengikut kesukaan masing.
Untuk Santannya
  • 2 cawan santan pekat
  • secubit garam
Masak seketika sehingga naik wap dan angkat

Untuk Gula Melaka

  • 1 ketul gula Melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air
  1. Masak semua bahan sehingga gula hancur dan agak pekat sedikit
  2. Angkat dan sejukkan
  3. Tapis dan letak tepi
  4. Curah gula Melaka ini pada sago dan makan bersama santan
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

norsadira said...

Terima kasih atas resepi..sedap 2 dan boleh cuba..jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...