Pages

Tuesday, April 26, 2011

TALAM SAGO / SAGO TRAY KUIH

Blog walking as usual, found this in Nieza, Our Journey Begins, fall in love with it and made this last Sunday for tea. Simple ingredients and simple preparation. I made a tweak a little bit here and there and here's my Talam Sago.,


INGREDIENTS
For the bottom layer
1 cup sago - soaked / 1 cawan sago - rendam (saya guna sago merah)
1/2 cup sugar / 1 cawan gula
1 cup grated coconut /  1 cawan kelapa parut
pinch of salts / secubit garam
1/2 cup coconut milk/ 1/2 cawan santan
coloring of your choice / warna pilihan

Combine all ingredients and pour into 7 x 3 mold and steam for 15 minutes/ Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam acuan 7 x 3 dan kukus selama 15 minit. Saya guna acuan loaf panjang.

 For the Top Layer
1 1/2 cup thick coconut milk / 1 1.2 cawan santan pekat
1/1 cup rice flour / 1.2 cawan tepung beras
2 tbsp cornflour / 2 sdb tepung jagung
pinch of salts / secubit garam


Combine all ingredients, sieve and pour into top layer, steam for another 15 minutes. Leave to cool before cutting / Campurkan semua bahan dan curah keatas lapisan bawah. Kukus selama 15 minit lagi dan sejukkan dahulu sebelum dipotong.







__________________________________________________________________
Singgah dapur Nieza Journey of our life,nampak talam ini, terus jatuh cinta, bawa balik dan cuba pada hari minggu baru ini, buat minum petang. Saya olahkan sedikit dengan memasukkan kelapa parut pada bahagian bawah supaya talam nampak cantik dan keras sedikit. Saya cuma buat 1/2 adunan aje guna acuan roti 7 x 3, cukup la tu, anak-anak kureng sedikit bab-bab talam aje. Buat kerana ingin belajar dan lepaskan hajat. Memang sedap. Kalau yang rajin tu bolehlah buat berlapis. Saya gunakan sago merah yang sedia ada, tak yah nak color-colorkan lagi. Di kedai ada tiga jenis, merah, hijau dan ori, kalau betulbetul rajin lapiskan ketiga-tiga warna ni tentu cantikkan.

Nieza terima kasih banyak-banyak, Akak suka talam ni.
__________________________________________________________________
Next Post - Breakfast Menu
__________________________________________________________________

5 comments:

Unknown said...

sama-sama kasih kak..hehe tq sudi mencuba memang sedapkan talam sagu ni bagus idea akak bubuh kelapa parut tu cantik jer nampak kejadian kuih tu....nanti boleh cuba mcm tu pula..kalau tak lembik susah juga nk potong.

Nazrah said...

Salam kak Paty..ok gak kan campur kelapa terus ke dalam sagu...mesti rasa masin2 lagi kan..sedap

Nuridah said...

Assalamualaikum Kak Paty,

talam sago yg buat terliur ni...hehe...akak sihat ke?

Mas said...

memang best talam sagu ni...
mas suka tau....
wahhhh...cantiknya talam sagu akak ni.....

cik cek said...

Salam paty...

Cantik je Talam Sagu ni...sana sini sume org dok buat Talam ni....kak cek je lum dtg seru....ingat nak buat jugaklag nanti...:-)

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...