Tuesday, June 28, 2016

RAMADAN BREAD BUTTER PUDDING / PUDDING ROTI RAMADAN


Dessert ringkas ini selalu menjadi favourite masa Ramadan. Bukan sahaja sedap tapi mudah menyediakannya. When come to bread butter pudding saya gemar membuatnya bersos. Biasanya sos kastad menjadi pilihan Untuk bread puddingnya saya lebih gemar ianya simple. Taburan ising dah cukup memadai, tapi kalau yang suka meriah, bolehla ditabur dengan kekacang atau dried mixed fruits.



Bread Butter Pudding

BAHAN-BAHAN:
  • 6 keping roti sandwic | potong tiga segi
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telur

  • 50gm gula
  • * susu segar. telur dan gula disatukan dan panaskan suam-suam

 
BAHAN TABUR:
  • Gula perang secukupnya
  • Buah-buahan campuran secukupnya
  • Mentega secukupnya | dipotong kecil-kecil


BAHAN SOS:
  • 250ml susu segar
  • 1 sudu teh vanila
  • 30gm gula kastor
  • 2 biji kuning telur


CARA MEMASAK:
1. Susun roti di dalam loyang secara bertindan.
2. Selepas itu tuang susu atas roti hingga basah dan masukkan bahan tabur.
3. Kemudian susunkan roti dan ulang lagi proses sama. Lakukan sebanyak empat lapis dan bakar hingga masak Sejuk dan ketepikan.
4. Membuat sos, satukan kesemua bahan sos dan masak di atas api perlahan. Tapis.

5. Tuangkan di atas puding roti tadi.
    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...