Thursday, June 16, 2016

KENTANG GORENG BERLADA



Jika kita intai cermin lauk Nasi Padang atau Nasi Minang, menu ini pasti ada. Menu ringkas ini kadang di greng begitu aje dan kadang disertakan sekali dengan tempe, ikan tamban kering atau pun ikan bilis.  Untuk berbuka kali ini saya biarkan ia kosong, cuma kentang aje kerana saya rasa menu ini cukup sebagai lauk sampingan yang menyelerakan



Kentang Berlada

Bahan-bahan:

  • 10 biji ubi kentang
  • 10 biji cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menggoreng & menumis


Cara membuatnya:

  1. Kisar kesemua cili dan bawang tadi.
  2. Kemudian goreng kentang yang telah dipotong wedges
  3. Tumiskan cili dan bawang yang telah dikisar sehingga pecah minyak dan masukkan garam dan gula sebagai perasa..
  4. Pastikan cili dan bawang tadi betul-betul dah masak. Kemudian masukkan kentang 
  5. Kacau dan biarkan 2-3 minit atas api. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...