Thursday, June 23, 2016

CHICKEN VARUVAL / AYAM KARI KERING



Chicken Varuval ini adalah resipi favourite mana-mana restoran India atau restoran daun pisang. Bahan diguna adalah lebih kurang sama dengan kari biasa cuma ayamnya diperap terlebih dahulu dan ayam ini dimasak sehingga kering. Aroma varuval banyak datang dari rempah dan daun kari. Sedap dijadikan lauk dan makan bersama tosei atau roti


Chicken Varuval

Bahan-Bahan yang diperlukan:
  • 1 ekor ayam dicincang kecil


Bahan untuk peram isi ayam:

  • 2 atau 3 sudu besar rempah kari ayam.
  • 2 sudu besar jus limau nipis.
  • 3 ulas bawang putih tumbuk
  • 1 sudu kecil garam atau cukup rasa.
  • 1 sudu kecil garam masala.
  • Adunkan semua bahan itu perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.


Bahan-bahan untuk menumis:
  • 1/4 cawan minyak masak.
  • 1 biji bawang labu merah dihiris halus.
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 " halia dihiris nipis
  • 7 tangkai cili kering dipotong dua.
  • 2 kpg. kulit kayu manis.
  • 2 kuntum bunga lawang.
  • 3 kuntum cengkih.
  • 4 biji buah pelaga.
  • 15 helai daun kari.
  • 1/2 sudu kecil biji jintan putih.
  • 1 sudu kecil serbuk cili – boleh tambah kalau tambah pedas.


CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak 
2.Tumis hirisan bawang, goreng sehingga warna bawang bertukar kepada kuning keemasan, masukkan halia, bawang putih. Goreng hingga bau aromanya

naik, seterusnya masukkan cili kering, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, biji jintan putih dan akhir sekali masukkan daun kari dan juga serbuk cili. Serbuk cili jangan sampai hangus pulak.
3. Masukkan segera perapan isi ayam dalam tumisan tadi. Adunkan sebatian ayam dengan segala rempah-rempah tadi. Kecilkan api dapur supaya rempah tak hangus dan biarkan air dari isi ayam keluar. Tutup dengan penutup kuali untuk air dari isi ayam dapat dikeluarkan biar dalam masa 30 minit untuk masak dengan tudung tertutup. 

4. Selepas agak ketulan ayam anda telah masak, buka tudung dan masak lagi 10 minit untuk proses kekeringan. Sekiranya minyak telah terhasil di sekeliling masakkan telah sempurna.

      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




      No comments:

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...