Monday, June 27, 2016

FILLET DORY MASAM MANIS/ SWEET SOUR DORY FILLET


Bila dah akhir-akhir ramadan ni dah jadi buntu pula memikir apa yang hendak di masak. Biasanya dalam kesibukan menyediakan cookies raya, masakan yang simple selalu menjadi pilihan so hari ini kita masak fillet dory untuk sweet sour. Saya guna dory fillet yang dah siap disalut breadcrumbnya, balik rumah cuma sediakan sosnya aje

Menu simple ini sedap makan begitu aje dengan nasi panas


Sweet Sour Fish Fillet
  • 2 Keping Dory Fillet
  • 1 biji tomato  ( dipotong 6)
  • 1/2 cili bangla merah hiris memanjang
  • 1/2 cili bangla hijau hiris memanjang
  • 1/2 cili bangla kuninghiris memanjang
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 1/4 cawan air
Bahan Tumis

  • 1 inci halia ( dihiris)
  • 3 ulas bawang putih ( dihiris)
  • 2 sdb pes cili api 

Bahan sos
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan sos ikan ( option)
  • garam, gula dan sedikit serbuk kunyit

Cara penyediaannya

  1. Goreng ikan dory keemasan. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk sosnya, tumis bahan hiris hingga wangi, kemudian masukkan semua sos dan sedikit air.
  3. Bila mendidih, sesuaikan rasanya dan masukkan semua cili bangla dan tomato yang telah dipotong dan curahkan air tepung jagung, tutup api.
  4. Tuang sos masam manis pada ikan yang telah digoreng tadi dan hidangkan.

Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...