Thursday, June 16, 2016

GULAI UDANG TEMPOYAK PETAI


Walaupun bulan puasa kalau berkehendak maka kena layan juga, lepas makan gosok gigi lama-lama sikit. Ini memang double dose...ha...ha petai dan tempoyak. Sedap menu ini terutama pada peminat petai dan tempoyak, hidang bersama sedikit ikan asin dan ulaman kat orang mak mertua lalu pun tak sedar.....mak aiii



Udang Tempoyak Petai

10 ekor udang
1 1/2 cawan santan
2 papan petai- ambil bijinya
15 biji cili api- 
1" kunyit hidup / serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar tempoyak
1 btg serai- dititik
1 helai daun kunyit- hiris kasar
1 keping asam keping- optional

Cara Memasaknya:

  1. Tumbuk cili api dan kunyit (kalau guna kunyit hidup) sampai lumat
  2. Masukkan semua bahan  ke dalam periuk
  3. Didihkan dgn api kecil
  4. Sentiasa kacau utk elakkan santan naik kepala
  5. Masukkan garam secukup rasa
Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...