Monday, June 13, 2016

VEGETABLES AND FISH BALLS SOUP / SUP SAWI BEBOLA IKAN


Best described "simple yet satisfying".....memang nyaman menghirup sup ini, khasiat dan sedap. Mudah menyediakannya dan terbuka pada apa-apa jenis sayur. Saya memilih sawi dan carrot, kombinasi yang bukan sahaja berkhasiat malah menwarnakan lagi hidangan. Boleh hirup dan ratah begitu aje atau pun dijadikan lauk makan bersama nasi  Untuk kehebatan maksimun hiris cili padi dan kicap....perghhh boleh berpeluh dibuatnya




Sup Sawi Bebola Ikan

  • 5 pokok sawi hijau dibersihkan dan asingkan batang dan daun
  • 1 batang carrot dipotong nipis
  • 150 g udang saiz sederhana
  • 1paket bebola ikan 
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
  • 1/2 camca teh serbuk lada putih
  • Beberapa titik minyak bijan 
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya 
  • Bawang Goreng, untuk hiasan




CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan 2 camca besar minyak masak dalam periuk. Tumis hirisan bawang putih hingga harum, masukkan udang, kacau rata dan masukkan air anggaran 1 litre. Kacau dan biar mendidih. Jika perlu boleh tambah sedikit lagi air.
  2. Masukkan batang sawi, carrot, bebola ikan dan kiub ikan bilis, masak sekejap dan tambah daun sawi. Perasakan dengan garam secukup rasa dan lada putih. Masak sehingga mendidih. Taburkan hirisan daun bawang dan tititkkan beberapa titis minyak bijan sebelum dihidangkan

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    1 comment:

    adda syuhada said...

    wahh boleh try nanti ni ..tq kak paty

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...