Tuesday, June 21, 2016

STIR FRIED JICAMA / TUMIS SENGKUANG CARROT



Ilham dari restoran terapung Mimaland seketika dulu, saya memang meminati sengkuan masak tumis ini, biar pun simple tapi sedap Manis sengkuang dan udang kering menjadikan sayur tumis ini cukup enak dimakan. Sayur Tumis ini juga boleh digunakan sebagai bahan inti popia atau epok-epok



Tumis Sengkuang Carrot


    Bahan-bahan:
    • 1/2 biji sengkuang bersaiz sederhana (hiris memanjang)
    • 1/2 batang lobak merah (hiris memanjang)
    • 10 batang buncis (hiris nipis)
    • 1 genggam taugeh
    • *3 siung bawang putih (cincang halus)
    • *2 sudu besar udang kering direndam dan tumbuk bersama cili dan bawang putih
    • *3 biji cili merah
    • sedikit air
    • minyak untuk menumis


    Cara-cara penyediaan:
    1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
    2. Letak sedikit air. 
    3. Kemudian, masukkan sengkuang buncis dan lobak merah.
    4. Masukkan tagehm garam dan perasa Kacau hingga semuanya sekata.
    5. Biarkan seketika di atas dapur. Jangan terlalu lama,angkat
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      1 comment:

      adda syuhada said...

      teringin nak mencuba..

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...