Wednesday, June 29, 2016

TALAM TOKYO PANDAN


Talam Tokyo Pandan ini sesuai buat berbuka. Kue ini persis serimuka, yang bahagian pulutnya digantikan dengan sagu. Aroma pati pandan mengharumkan kuih ini. Bahagian bawah kue kurang manis tapi diimbangi dengan lemak manis bahagian atasnya.

Kue ini juga dipebagaikan jika kita kreatif dan cukup sesuai dijadikan hidangan majlis.





Talam Tokyo Pandan

Bahan Untuk Lapisan Bawah:
  • 300gm sagu kecil warna putih
  • 60gm sohoon
  • 100gm kelapa parut putih
  • 100ml santan pekat
  • 300ml air
  • 1 sudu kecil garam


2 sd tepung gandum (nk letak boleh xnk letak pun boleh (terpulang ) tujuannya nk keras sedikit sagu tu)

Cara-cara:

  1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.
  2. Rendam sohoon dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil.
  3. Satukan bahan-bahan diatas sohoon, sagu biji, kelapa parut, santan dan gara dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah dioleskan dengan minyak.
  4. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi sama rata.


Bahan Untuk Lapisan Atas:
  • 4 biji telur
  • 300gm gula pasir
  • 400m santan pekat
  • 300ml air + 3 helai daun pandan
  • (blender dan tapiskan)
  • 120gm tepung kastard
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu tea kecil alkaline water@air abu *(boleh guna 1 sk air kapur)
  • 1/2 sudu kecil garam


Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan dan blend rata.
  2. Kacau sebati dan tapiskan.
  3. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
  4. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
  5. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru dipotong.

 Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...