Friday, June 24, 2016

ARABIC YELLOW RICE


Menyediakan Nasi Arab ini tidaklah serenyah menyediakan briyani dan yang menarik kosnya juga memadai tidak perlu guna minyak sapi tidak perlu susu cair. Nasi ditumis dengan rempah tumis dengan menggunakan air rebusan ayam. Ayam yang direbus kemudian digoreng. Simple aje Air rebusan ayam kemudiannya dijadikan sup, saya gemar meletakkan jintan putih dalam air rebusan ayam

Selain dari sup nasi ini sedap dimakan bersama salad dan sambal tomato cili hijau












Nasi Kuning Arab

📝 Bahan2nya

  • 5 cawan basmati-cuci, rendam dgn air garam selama 30 minit & toskan.
  • 2-3 kuntum bunga cengkih*
  • 1 -2 helai bay leave*
  • 1 batang kulit kayu manis*
  • 2-3 biji buah pelaga*
  • Air rebusan ayam secukupnya( 6 1/2 cawan yang panas +- ikut beras )
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawn minyak canola/ jagung ( kalau suka boleh gantikan dengan minyak sapi)
  • Yellow food coloring + 1sdb rose water jika suka


Bahan tabur atas nasi:-
  • Roasted pine nuts/ almond.


Cara Menyediakannya
  1. Tumiskan bahan bertanda hingga naik bau, masukkan beras dan gorengkan hingga transparents dalam 2-3 minit.
  2. Masukkan air rebusan ayam yang masih panas.
  3. Dengan api yang besar, biarkan nasi mengelegak, tutup periuk dan biarkan hingga separuh kering dan buka penutup periuk.
  4. Perlahankan api dan tuangkan safron/pewarna kuning bersama campuran rose water ke atas nasi dan tutup periuk rapat, tanaklah seperti biasa hingga nasi masak lebih kurang dalam 15 minit.
  5. Bila nasi dah masak biarkan selama 5 minit baru digemburkan sedikit dengan garfu dan di hidangkan di atas pinggan hidangan.
  6. Taburkan dengan pine nuts/almond yang telah digoreng di atas nasi jika suka, kalau tak letak pon tak per.
  7. Hidangkan bersama, salsa/maraq dan lauk kegemaran anda..
  8. Dalam periuk besar, panaskan minyak/ ghee, gorengkan ayam tadi sehingga brown di kedua bahagian, angkat dan ketepikan 
Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...