Tuesday, June 21, 2016

KUE BOM TEPUNG PULUT



Kue ini popular dikalagan masyarakat Melayu dan Peranakan Kue yang liat liut ini boleh berintiklln kacang hijau atau inti kelapa. Saya pilih inti kelapa kerana  kebetulan ada inti lebih dari kue dadar. bagi yang tak suka kue bom yang chewy ini boleh juga digantikan tepung pulut dengan keledek atau labu



Kue Bom

Bahan-Bahan:

  • 800 gm tepung pulut
  • Air
  • 100 gm bijan


Bahan Inti –

  • 100 gm gula merah
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/2 cawan air
  • Gula pasir secukup rasa


1. Untuk membuat intinya, satukan gula merah dan gula pasir dengan air. Kacau rata.
  
2. Kemudian didihkan adunan sebelum dimasukkan kelapa parut ke dalamnya. Masak sehingga adunan kering dan ketepikan.

3. Setelah itu, buat pula adunan kuihnya dengan membancuh tepung pulut bersama dengan air. Jangan sampai lembik dan pastikan ianya boleh diuli dan dibulat-bulatkan.

4. Masukkan inti di dalamnya dan golekkan pula bijan sebelum digoreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

Notes



RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...