Friday, June 24, 2016

TELUR MASAK MERAH



Inspirasi dari ayam masak merah, saya menggunakan telur untuk resipi ini. Telur direbus dahuu kemudian digoreng. Resipi ini boleh disediakan secara pekat atau pun berkuah bergantung pada citarasa masing-masing. Telur yang siap dimasak ditabur dengan bawang goreng dan kacang peas.


Telur Masak Merah

BAHAN-BAHAN:
  • 5 biji telur rebus dan goreng
  • 1 biji bawang merah besar | dikisar
  • 1 biji bawang merah besar | dihiris bulat
  • 1" halia dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 11 biji cili kering | dikisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 bunga lawang
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng



CARA MEMASAK:
1. Buang kulit telur dan goreng sekejap hingga perang. Angkat dan ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak tadi dan tumis bahan kisar dan rempah tumis sehingga garing dan wangi.
3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan air asam jawa dan rasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan telur yang digoreng tadi dan kacau sebati.
6. Masukan bawang besar yang dihiris bulat
6 Tabur bawang goreng dan kacang peas

      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...