Sunday, June 26, 2016

RISOLE TUNA



Risole cukup popular di tanah seberang, kuih dadar berlauk yang disaluti serbuk roti sebelum digoreng. Seperti karipap inti risole boleh dipelbagaikan, ada inti udang, tuna, sardin, ayam, mahupun daging. Risole yang siap biasanya diselit dengan cili padi khas untuk mereka yang inginkan kepedasan maksimum. Risole ini sesuai buat minum petang atau sarapan pagi.





Risole Tuna

  • 100 g Tepung 
  • 20 g  Tepung jagung 
  • 1 biji Telur ayam 
  • 300 ml. air
  • 1 sdt minyak
  • 1/2 sdt garam


  1. Blend semua bahan sehingga lincin dan tapis
  2. Rehatkan adunan selama 30 minit
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat dan leserkan adunan seperti membuat kuih dadar
  4. Angkat dan masukkan inti, lipat dan salut telur dan serbuk roti lalu digoreng kekuningan

 Bahan isian:


  • 1 tin tuna
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 2 sdb mayo
  • 3 biji cili padi dihiris nipis

garam secukup rasa dan air perahan limau nipis

Satukan semua bahan dan ketepikan

Bahan pencelup:

  • 1 biji Telur ayam dipukul
  • 100 g serbuk roti
  • Minyak goreng untuk menggoreng.


Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...