Saturday, June 11, 2016

THAI GREEN CURRY CHICKEN


Thailand terkena dengan karinya, menarik tentang kari Thai ianya berwarna warni seperti lampu trafik, ada green curry, red curry dan yellow curry. Kesemuanya mempunyai pesnya tersendiri dan pes yang betul campurannya menghasilkan kari yang enak. Untuk kali ini kita berkongsi resipi kari hijau Thai yang resipinya adaptasi dari blog Tiffinbiru. .Saya menggunakan ayam dan terung kecil hijau untuk resipi ini. Biasanya terung hijau atau terung pipit menjadi pilihan.

Aroma kasi ini teretak pada daun selasih dan akar daun ketumbar dan kepedasan bergantung pada selera masing-masing



Kari Hijau Thai

Bahan Untuk Pes Kari Hijau
  • 1 batang serai, hiris halus
  • 4 biji cili hijau (boleh tambah cili padi jika suka pedas)
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1 pokok daun ketumbar, bersama akarnya dicuci bersih
  • 1 genggam daun selasih
  • 1/2 camca teh serbuk jintan manis
  • 1 camca teh serbuk ketumbar
  • 1/2 camca teh serbuk lada sulah
  • 3 camca besar sos ikan
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 2 camca besar jus limau nipis
  • 1 camca besar gula Melaka
  • 4 camca besar santan
  • Sedikit air


BAHAN-BAHAN KARI HIJAU THAI :-)
  • 1/2 ekor ayam, potong ikut suka, cuci dan toskan
  • 3/4 cawan tepung pipit
  • 2 batang serai, diketuk
  • 4 helai daun limau purut
  • 10 biji cili padi, diketuk
  • Pes kari hijau secukupnya
  • 300 ml pati santan
  • Air secukupnya
  • 1 kiub pati ayam (optional)
  • Jus limau nipis secukup rasa
  • Sos ikan secukup rasa
  • Sedikit gula
  • 1 genggam daun selasih



UNTUK PES REMPAH KARI HIJAU THAI :- 

Kisar halus semua bahan2 untuk rempah kari hijau Thai. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan2 rempah yang dikisar tadi hingga garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Bila rempa garing dan terbit minyak, boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian..

UNTUK KARI HIJAU THAI :- 

Panaskan 4 camca besar minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan pes rempah secukupnya  Masukkan ayam dan terung pipit. Gaul rata2 dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya (hingga ayam tenggelam), kacau dan biar mendidih hingga terung pipit dan ayam empuk.

Masukkan  cili padi yang diketuk dan pati santan. Kacau rata, perasakan dengan sos ikan secukupnya dan sedikit gula. Masukkan jus limau nipis sedikit dahulu, kacau dan rasa jika suka lebih rasa masam, baru ditambah lagi. Biar mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu. Akhir sekali masukkan daun selasih, kacau dan matikan api. Hidangkan bersama nasi putih..
    Notes


    RECIPE SOURCE:  tiffinbiru
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...