Pages

Friday, February 20, 2015

WHITE RADDISH CHICKEN SOUP / SUP AYAM LOBAK PUTIH


Masakkan harian yang simple juga sesuai dijadi menu orang sakit. Saya jarang masak lobak putih di rumah kerana kurang sambutan tetapi kali ini kerana berhajat sangat saya masak sedikit. Sebaik-baiknya sup sebegini tidak perlu tumis tapi saya tumis sedikit bersama bawang putih. 

Sedap digandingkan dengan lauk bersambal dan ikan goreng.



Sup Ayam Lobak Putih 


  • 1 batang lobak putih dihiris bulat
  • 1 batang lobak merah dihiris
  • 2 tangkai daun bawang atau leeks dipotong 2" panjang
  • 300 ayam dipotong kecil
  • 1 cawan korma China
  • daun bawang daun sup
  • bawang goreng
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 4 cawan stok ayam
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • 2 sdb minyak


Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dan masukkan ayam.
  2. Masak hingga ayam berubah warna dan masukkan bawang putih
  3. Biar seketika masukkan stok ayam, garam, dan lada sulah
  4. Renehkan atas api sehingga ayam agak empuk baru masukkan korma Cina, lobak merah dan loak putih
  5. Biar seketika baru masukkan daun bawang.
  6. Padamkan api dan angkat

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...