Tuesday, February 03, 2015

SIAKAP MASAM MANIS/SWEET SOUR SEABASS


Ikan Siakap memang tengah murah sekarang..kalau bernasib baik se ekor ikan yang bersaiz sederhana boleh dibeli tidak sampai RM10...memang inilah masanya untuk mencuba resipi-resipi restoran yang hebat...cukup berbaloi jika dibandingkan kalau kita makan direstoran.

Resipi yang dikongsikan untuk hari ini adalah resipi favourite di restoran Cina  mahupun Thai. Resipi mudah dan bahannya pun ringkas.

Sedap dihidang bersama nasi panas.


Print

Siakap Masam Manis

YIELD: 4   PREP TIME:  20 minutes   COOK TIME: 35


  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan dilumur tepung jagung dan goreng garing
  • 5 biji tomato cherry dibelah 2
  • 2 tangkai daun bawang dipotong 2" panjang
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2" halia dihiris
  • 2 sdb minyak masak
  • 1 cawan air stok
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh dengan 1/4 cawan air
  • garam dan perasa secukupnya

Untuk sosnya

  • 2 sdb cili pes
  • 2 sdb cili sos
  • 2 sdb sos tomato

Cara Menyediakannya

  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
  • Masukkan pes cili dan biar seketika
  • Masukkan air, sos cili, sos tomato, garam, gula serta perasa
  • Renehkan sehingga mendidih dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi
  • Biarkan mesra  kemudian masukkan hirisan daun bawang, tomato dan bawang besar
  • Masukkan bancuhan tepung jagung dan biar kuah agak pekat sedikit baru diangkat

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...