Monday, February 02, 2015

THAI STYLE OXTAIL SOUP / SUP EKOR THAI


Sup ekor ini biasannya sedap dimasak cara Thai, ada rasa masam-masam sedikit. Perahan jus limau menjadikan sup ini tidak mual. Biasanya kalau kita makan di restoran Thai tiada ubi kentang, biasa lah orang berniaga tetapi kalau sudah masak di rumah sedap juga dimasukkan ubi kentang, celery dan tomato juga sesuai dimasukkan dalam sup ini.

Sedap dihidang bersama nasi panas berserta lauk-lauk lain.



Print

 Sup Ekor Thai

Bahan-bahannya
  • 1 kg ekor lembu dipotong 2" panjang
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1 biji carrot dipotong menyerong
  • 7 biji cili padi dititik
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 sup bujut
  • 2 biji jus limau
  • 1.5 liter air
  • bawang goreng, daun bawang dan dun sup
  • garam dan perasa secukupnya
Bahan tumis
  • 3 ulas bawang putih
  • 2" halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 sdb minyak masak
Tumbuk bawang putih dan halia sehingga halu

Cara Menyediakannya

1. Rebus daging dengan pressure cooker sehingga agak empuk.
2. Masukkan ubi kentang,
3. Tumis bahan tumis sehingga naik baunya dan masukkan ke dalam air rebusan daging tadi, masukkan juga up punjut, garam dan perasa
4. Renehkan sehingga semua bahan agak mesra dan empuk
5. Titikkan cili padi dan masukkan bersama hirisan bawang besar dan carrot.
6. Biar seketika dan akhir sekali masukkan perahan jus limau, adjusta rasa dan hidang bersama bawang goreng dan daun bawang daun sup.
7. Sup ala Thai ini sepatutnya masam sedikit so kena pandai adjust rasa.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...