Sunday, February 08, 2015

LOMPANG PANDAN


Paling bahagia membuat kuih lompang ialah bila melihat lesung pipitnya yang dalam...ha..ha..sebenarnya lesung pipit itu ada tujuannya....hmmmm untuk diletakkan kelapa parut.  Saya memang suka kalau dapat buat kuih lompang ini..bukan aje mudah dan sedap tetapi merupakan kuih yang cukup simple dan bajet yang cukup ciput...tepung beras dan air gula aje...perghh..tapi ia tetap menjadi faavourite ramai.

Untuk resipi ini saya masukkan 1 sdb tepung green peas..bukan apa cuma nak experiement..nak bandingkan dengan kuih talam nyonya yang meletakkan tepung green peas supaya talam nampak berkilat dan liut-liut sedikit.  Alhamdulillah menjadi nampaknya.

Resipi ini menghasilkan 20 biji lompang yang sesuai buat seisi keluarga.



Print

Lompang Pandan

YIELD: 20    PREP TIME: 15 minutes   COOK TIME: 

INGREDIENTS

  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sdb tepung green peas/jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air pandan
  • 1/2 sdt air kapur
  • sedikit kelapa parut putih digaul bersama sedikit garam

DIRECTIONS:

1. Masak 1 cawan air bersama gula untuk dijadikann air gula. Sejukkan.
2. Dalam mangkok lain satukan tepung beras dan tepung green peas. Masukkan air daun pandan dan air kapur,  kacau sehingga sebati.
3. Masukkan air daun pandan dan kacau rata
4. Panaskan kukusan. Tapis adunan dan kukus selama 15 hingga 20 minit.
5. Angkat sejukkan, keluarkan dari acuan dan letak kelapa parut.



Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

Nooriah Abdullah said...

lompang ni fav ni kak Paty hijau yg menawan

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...