Thursday, February 19, 2015

KEEMA PRATHA / MINCED MEAT STUFF FLAT BREAD


Keema pratha ini adalah roti pratha yang berinti daging. Saya guna taepung whole meal. Memasak inti sama seperti memasak inti karipap. Menyedia kulitnya juga macam menyediakan kulit karipap. Menggorengnya pula sama seperti menggoreng capati. Sedap menu ini dan sesuai disaji dengan kuh kari, dhal atau pun jeruk bawang 



Keema Pratha


Untuk Dohnya

  • 2 cawan tepung whole meal
  • 1 sdb minyak masak
  • 1/2 cawan air

Satukan semua bahan dan jadikan doh.
Bulat-bulatkan doh sapu minyak dan rehatkan

Untuk Intinya

  • 300 g daging kisar
  • 2 biji bawang besar didadu
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sdb minyak masak
  • 2 sdb rempah briyani
  • 1 taangkai daun ketumbar dicincang halus
  • 1 sdb tomato puree
  • 1/2 cawan air
  • garam dan perasa
  • 1 kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

Bawang putih dan halia diblend ehingga halus dan gaul bersama rempah briyani letak sebelah
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu masukan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Biar seketika dan masukkan rempah briyani
Gaul rata dan masukkan daging kisar
Kacau atas api, masukkan air tomato puree garam dan gula secukup rasa
Biar atas api sehingga agak kering dan masak
Angkat dan sejukkan

Cara Menyediakannya

  1. Ambil tepung yang dibulat-bulat tadi leperkan tengah dan masukan inti daging ini
  2. Tutup, bulatkan dan canai seperti membuat capati
  3. Panaskan kuali leper dan leserkan sedikit minyak dan goreng pratha ini seperti membuat capati


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...