Sunday, February 01, 2015

PULUT INTI


Sajian Melayu dan juga Peranakan yang menjadi kegemaran,esuai buat mi num pagi mahupun petang. Pulut boleh ditanak atau pun dikukus, tapi saya lebih senang untuk mengukusnya.  

Untuk menambahkan aroma pulut..biasanya pulut inti ini disaji bersama daun pisang persis membuat nasi lemak.



Print

Pulut Inti


INGREDIENTS

Untuk Pulut
  • 2 cawan beras pulut rendam semalaman
  • 1 helai dan padan
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 cawan santan pekat
  • secubit garam
Untuk Intinya
  • 1 biji kelapa parut putih 
  • 1/2 cwn gula merah/gula melaka
  • 3 sudu besar gula pasir(manis ikut suka)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 helai daun pandan di simpul
  • sedikit air utk masak gula merah/melaka dan gula pasir- tapiskan

DIRECTIONS:

Untuk Pulutnya :- Beras pulut di cuci bersih dan rendamkan sekurang-kurangnya 4 jam eelok-eloknya semalaman. Masukkan pulut dlm loyang bersama santan pekat cair dan sedikit garam.
Gaul rata dan kukus dlm 20 minit. Angkat dan gaulkan bersama santan pekat. Bila dan sebati semuanya kukus lagi dlm 10 minit. Angkat dan sejukkan.  Kalau ada daun pisang bolehlah bungkus pulut bersama inti.

Untuk Intinya :- Panaskn minyak, masukkaan daun pandan dan gula. Biar seketika masukkan kelapa parut putih, gula pasir dan secubit garam. Gaul rata.Guna api sederhana dan gaul rata sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan dan masak sehingga sedikit kering.Angkat dan keluakan daun pandan tadi. Sejukkan dan bolehlah di makan bersama dngn pulut kukus tadi. Boleh juga di buat inti kuih.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...