Thursday, February 05, 2015

SPICY RED CHICKEN KORMA / KORMA AYAM PEDAS


Kurma ayam ini agak merah sedikit jika dibandingkan dengan korma biasa, kerana korma ini agak pedas sedikit. Saya banyak menggunakan cili kering dan cili merah. Bagi yang suka pedas resipi ini amat sesuai dan tidak memualkan.


Print

Korma Ayam Pedas

YIELD: 6   PREP TIME: 5 minutes   COOK TIME: 45

INGREDIENTS
  • 1 ekor ayam potong 16
  • 2 biji tomato belah 4
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 1 biji bawang besar dibelah 4
  • 2 tangkai daun ketumbar dipatah 3
  • 3 biji cili merah dihiris panjang
  • 1 cawan tairu
  • 2 sdb tomato puree
  • 3 sdb minyak masak atau ghee
  • 2 cawan air
  • 1/ cawan susu cair
  • garam dan perasa secukupnya

Bahan untuk rempah dan blend
  • 2 bungkus rempah korma Baba'
  • 2 sdb serbuk cili Baba's
  • 1 sdb kas-kas
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang besar *
  • 2" halia *

Blend semua bahan * dan gaul bersama kering sehingg menjadi pes basah

Bahan tumis
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 1 helai daun pandan
  • 5 biji buah pelaga
  • 1" inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum cengkih

DIRECTIONS:
1. Panaskan minyak dan tumiskan daun pandan dan bahan tumis sehingga naik baaunya.
2. Masukkan hirisan bawang besar dan tumis sehingg kekuningan baru masukkan pes rempah yang diblend
3. Tumis sehingga mesra dan agak garing.
4. Masukkan ayam dan ubi kentang, biar seketika dan masukkan air.
5. Bila ayam dan kentang sudah agak empuk, masukkan tairu, cili merah dan tomato puree
6. Biarkan atas api kecil sehingga naik minyak baru masukkan tomato, daun ketumbar dan bawang besar
7. Biar seketika dan padamkan

8. Angkat dan hidangkan.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...