Friday, February 20, 2015

SWEET SOUR RED SNAPPER / IKAN MERAH MASAK MASAM MANIS


Resipi yang tidak perlu pengenalan diri..ha..ha..ramai yang tahu dan ramai menyukainya. Resipi popular restoran Cina dan mudah menyediakan. Ikan merah cukup sesuai untuk resipi ini. Terdapat dua cara menyediakan ikan merah ini, satu sama ada menggunakan filletnya dibuat goreng tepung dahulu dan yang keduanya cara ini ikan digoreng garam kunyit dahulu.

Ikan Merah yang fresh menambahkan keenakkan pada resipi, disamping cili hijau dan cili merah, cili bangla mahupun timun muda atau nenas boleh juga digunakan.

Sedap makan bersama nasi panas.




Ikan Merah Masam Manis 


  • 3 - 4 keping ikan digoreng garam kunyit dan ketepikan
  • 2  biji cili merah dibelah 2
  • 2 biji cili merah dibelah 2
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  • 2" halia dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiri nipis
  • 2 sdb minyak masak
  • 2 cawan air stok ayam
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 2 sdb air

Bahan sos

  • 2 sdb cili pes
  • 2 sdb sos tomato
  • 2 sdb sos cili
  • 2 sdb cuka masak

Cara Menyediakannya


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
  2. Masukkan pes cili dan biar seketika
  3. Masukkan air stok..renehkan dan masukka sos cili, sos tomato, garam, gula dan cuka
  4. Adjust rasa dan masukkan ikan goreng.
  5. Masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan biar atas api sehingga pekat sedikit dan angkat







Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...