Saturday, February 21, 2015

BLACK PEPPER CHICKEN GRILL / GRILLED AYAM LADA HITAM


Between Chicken Chop dengan Grilled Chicken saya lebih gemar grilled chicken, terasa dagingnya bila diperap dan untuk yang berdiet cara ini adalah lebih baik kerana tidak menggunakan deep frying. Grilled Chicken paling sedap bersoskan black pepper sauce atau pun muhroom sauce.

Menu ini boleh dihidang bersama nasi, pasta mahupun roti, Untuk sidenya bolehlah disediakan mashed potatoes, potato chips, atau pun salad. Untuk kali ini saya sediakan garlic bread dan kacang buncis celur.

Perfect One Dish Meal jika berhajat untuk skip nasi.

Grilled Chicken With Black Pepper Sauce

  • 3 - 4 keping dada atau peha ayam
  • 2 sdb kicap cair
  • 2 sdt gula perang
  • 2 sdb serbuk lada hitam
  • 2 sdb sos bbq
  • Minyak untuk memanggang
  • garam secukup rasa

  1. Gaulkan semua bahan dan perap ayam sekurang-kurangnya 2 jam atau semalaman
  2. Panaskan minyak dan grill ayam sehingga masak.
  3. Minyak lebih disimpan untuk sos lada hitam
Untuk sos lada hitam

  • 1 bawang besar dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 2 sdb serbuk lada hitam
  • 1 sdt gula perang
  • 2  sdb kicap cair
  • 2 sdb Worcestershire sauce
  • 1 sdb tepung jagung bancuh bersama 1/2 cawan air
  • 3 cawan stok ayam
  • garam secukup rasa

  1. Lebihan minyak dari ayam digunakan untuk menumis bawang bear sehingga layu
  2. Masukkan bawang putih cincang
  3. Masukkan air stok ayam, garam , lada hitam, kicap cair worcestershire sauce
  4. Renehkan dan akhir sekali masukan bancuhan tepung jagung dan gula perang
  5. Biar sehingga agak pekat dan angkat
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...