Wednesday, February 04, 2015

STUFFED FRENCH TOAST / ROTI DAGING


Menu hari ini popular dikalangan masyarakat Cina mahu pun peranakan. Biasanya menggunakan daging khinzir, Boleh dikatakan roti ini mirip pada French Toast yang berinti. Ramuan intinya terletak pada citarasa masing-masing..boleh guna ayam, mahupun daging. Begitu juga dengan rempah yang digunakan, rempah briyani, kurma mahu pun kari.

Roti ini boleh disiapkan awal dan goreng panas-panas bila hendak menghidangnya. Sesuai buat sarapan pagi mahupun minum petang.



Print

Roti Daging

YIELD: 6    PREP TIME: 20 minutes   COOK TIME: 30


Untuk Rotinya
  • 1 buku roti putih
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • garam dan lada sulah
Untuk Intinya
  • 1 paket daging atau ayam kisar
  • 2 labu bawang besar dihiris dadu
  • 3 sdb rempah kurma/briyani atau kari
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk bersama halia
  • 2" halia
  • 2 sdb minyak masak
  • garam dan perasa secukupnya

Cara Menyediakannya

Untuk Rotinya :- Pukul telur sehingga hancur. Masukkan susu, garam dan lada sulah. Kacau sehingga sebati dan ketepikana

Untuk Intinya : - Panaskan minyak dan tumis bawang bear sehingga layu. Masukkan halia, bawang putih dan rempah. Biar di atas api sehingga naik baunya. Masukkan daging dan 1/ 2 cawan air, masukkan garam dan perasa. Biar atas api sehingga agak kering dan daging masak. Angkat dan sejukkan

Untuk Menyiapkan roti :- Masukkan inti ke dalam roti dan tangkup dua. Celup roti kedalam bancuhan telur dan goreng dengan minyak yang sedikit. Paling sesuai menggunakan kuali leper dan masak cara memnggoreng murtabak. Balik-balikkan dan angkat.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...