Monday, February 09, 2015

EGG RASAM / RASAM TELUR


Rasam menu Indian Food yang merupakan favourite saya. Selalu saya buat menggunakan rempah rasam yang siap tapi kali ini saya cuba mempraktikkan rempahnya yang diblend kering. Perghhh lagi enak dan harum. Untuk tidak terlalu plain saya masukkan telur.

Hebat resipi ini sedap kalau kita berhajat menyediakan menu ala-ala daun pisang. Gandingkan dengan kari, papaddum....perghhh..its finger licking good


Print

Rasam Telur

YIELD: 12   PREP TIME: 25 minutes   COOK TIME: 25

  • 3 -4 biji telur

Bahan kisar
  • ½  sdb lada hitam
  • ½ sdb jintan putih
  • 2 cili kering digunting 2 dan dibuang biji
  • 6 - 7 ulas bawang putih
Bahan lain
  • 1 cawan air asam jawa biji tom
  • 1 biji tomato,dadu
  • ¼ cawan daun ketumbar yang dicincang-
  • 1 ke 1.25 cawan air
  • garam secukup rasa
Bahan tumis

  • 1 sdt biji sawi
  • tangkai daun kari
  • ⅛ sdt serbuk kunyit
  • secubit asafoetida
  • 3 tangkai cili kering dipotong 3
  • 2 sdb minyak
Cara Menyediakanya
  1. Kisar bahan kering jangan terlalu halus dan jaangan taerlalu kasar
  2. Panaskan minyak dan tumis biji sawi sehingga meletup-letup
  3. Masukkan daun kari dan cili kering...biar seketika
  4. Masukkan bahan kisar tadi, serbuk kunyit dan asafoetida diikuti tomato segar dan air asam jawa.
  5. Biar mendidih seketika kemudian perlahan-lahan pecahkan telur
  6. Biar atas api sehingga telur masak.
  7. Adjust rasa, padamkan api dan angkat..


@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

Jeram Manir said...

A'kum, teringat aruah mak & abah memang suka sangat, maklumlah mak asal Bt.Uban,P.Pinang, biasa sangat makan macam ni walaupun dah berpindah dari P.Pinang.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...