Sunday, February 22, 2015

SIAKAP ASAM BOI / STEAM SEABASS WITH SOUR PLUM


Sejujurnya saya tidak tahu menu hari ini menu Chinese atau menu Thai...kalau kita berkunjung ke kedua-dua restoran ini pada ada menu ini dalam senarai. Mungkin Chinese version tak ada cili padi atau perahan air limau..ha..ha..so kalau ada dua bahan ini maka kita declare ianya dari Thai dan jika tidak maka iaya dari Chinese. Apa pun menu ringkas ini cukup mudah menyediakan dan takala ikan siakap ini tengah bermusim dan murah eloklah dicuba resipi ini.

Sedap makan bersama nasi panas dan lauk sampingan lain seperti sayur dan telur dadar
SELAMAT MENJAMU SELERA DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU...!!!

Siakap Asam Boi

  • 1 ekor ikan siakap dibersihkan
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 2 " halia dihiris
  • 2 batang serai dihiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 7 cili padi diketuk
  • 2 biji perah air limau
  • 3 biji asam boi
  • 3 tangkai daun bawang
  • 2 cawan air 
  • 1 sdb air stok ikan (nam pla)
  • garam, lada sulah dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya

  1. Bersihkan ikan dan lumur dengan lada sulah dan garam.
  2. Kukus hingga masak dan letak diatas pinggan
  3. Dalam periuk lain renehkan air, masukkan hirisan serai, bawang putih, halia, asam boi, garam, gula sos nam pla, cili padi dan perahan air limau.
  4. Reneh sehingga mendidih angkat dan curah pada ikan yang dikukus tadi
  5. Tabur daun bawang dan siap dihidang


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...