Thursday, February 05, 2015

AYAM BERLADO


Inspirasi daripada masakan Padang, ayam ini boleh dibuat sambalnya halus mahupun kasar, boleh diblend cilinya dahulu baru ditumis, atau pun digoreng cilinya dan bawang dahulu kemudian ditumbuk. Apa pun caranya semua bergantung kepada citarasa masing-masing.

Resipi original, resipi asal Padang, cili dan bawang digoreng minyak terlebih dahulu, kemudianya ditumbuk. Rasanya tetap sama. Resipi yang cukup simple ini memang menyelerakan. Paling sedap jika digandingkan dengan tahu dan tempe goreng.

Print

Ayam Berlado

YIELD: 6   PREP TIME: 25 minutes   COOK TIME: 30

INGREDIENTS

  • 1 ekor  ayam dipotong 16 digaul garam kunyit digoreng  terlebih dahulu
  • 15 biji cili merah
  • 7 biji cili padi
  • 2 labu bawang besar
  • 1/2 cawan minyak masak
  • garam dan perasa secukup rasa

DIRECTIONS:

1.  Blend cili merah, cili padi dan bawang besar (boleh halus dan boleh kasar ikut citarasa msaing-masing.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend, masukkan garam dan perasa
3. Tumis sehingga naik minyak, angkat dan curahkan pada ayam yang digoreng tadi.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You
.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...