Sunday, June 15, 2014

YONG TAO FOO NOODLES SOUP


Mee mudah disiapkan. Kebetulan saya post dalam FB saya dan ada kekawan yang bertanyakan cara membuatnya. Saya hanya membuat kuahnya dengan merebus tulang-tulang ayam..dimasukkn sedikit kube ikan bilis. Biasanya untuk Yong Tao Foo Soup pati kube ikan bilis paling sesuai. Masukkan garam secukup rasa siap supnya.

Bahan-bahan lain yang saya guna ialah mee kuning yng dicelur dan bahan-bahan Yong Tao Foo yang dibeli siap. Celurkan bahan-bahan ini dalam sup dan letak atas mee yang dicelur tadi dan tabur bawang goreng.  Kalau suka boleh juga dicelur Bok Choy. Tuangkan sup dan rengis minyak bijan. Sedap makan dengn sos cili atu cili kicap.


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...