Wednesday, June 18, 2014

SAMBAL TUMIS TELUR PECAH BILIS


Lama betul tak makan sambal tumis telur pecah ini. Makanan zaman kanak-kanak....ha..ha..biasanya disediakan umi pada hujung bulan...yalah bila poket udah kempis. Menu ini jarang dpat di kedai makan dan jarng juga dimasak. 

Memasaknya seperti sambal tumis biasa cuma telurnya dipecah kedalam sambal dan dibiarkan masak. Sedap digandingkan dengan sayur goreng dan ikan goreng..perghhhh...berpeluh dahi.

Sambal Tumis Telur Pecah

Bahannya
1 genggam cili kering lebih kurng 30 tangkai
5-6 biji telur ayam
100 g ikan bilis - rendam
3 biji bwang besar 2 diblend 1 dihiris bulat
2" belacan
2 sdb air asam jawa
1 senduk minyak masak
garam, gula secukup rasa

Cara Menyediakannya


  1. Cili kering 2 biji bwang besar dan belcn diblend sehingga halus
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
  3. Masukkan gula dan tumis sehingga garing
  4. Masukkan ikan bilis dan air rendaman ikan bilis biar berkuah
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan perlahankan api
  6. Renenhkan sehingga telur masak.
  7. Masukkan air asam jawa, garam dan jika suka sedikit aji...tambah air jika ingin berkuah.
  8. Renehkn sehingga nik minyk dan angkat

Notes
Adapted from - Patyskitchen

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...