Tuesday, June 24, 2014

AYAM MASAK SEMUR BALI


Ramai kekawan dah cuba resipi ini, saya baru discover, nampak sedap. Cuba buat makan tengah hari. Memang lain sedikit resipi ini sebab ia menggunakan bawang goreng tumbuk dan kerisik...agak unik bagi saya. Apa pun kalau ramai yang dah mencuba pastinya sedap.


Ayam Masak Semur Bali
Prep time

Cook time

Total time

Bahan-bahannya
1 ekor ayam potong 14
2 sudu kerisik
1 cawan santan pekat
1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
1 cawan kicap (akak guna kicap lemak manis)
1 cawan cili kisar
3 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
perasa ajinomoto (akak x letak & ganti dengan sedikit garam)
gula (akak letak 1 sudu besar gula)

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA

  1. Gorengkan ayam sehingga betul2 masak & tidak perlu sampai garing sangat. Akak lumurkan sedikit kunyit sehingga rata terlebih dahulu.
  2. Tumiskan kesemua bahan yang dikisar dengan sedikit minyak masak, biarkan sehingga kekuningan kemudian masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan cili kisar.. tumiskan hingga terbit minyak
  3. Masukkan pula bawang goreng tumbuk, santan, kerisik, kicap, garam dan sedikit gula
  4. Terakhir masukkan ayam, gaulkan sehingga rata dan sedia untuk dihidangkan

NOTES :
Resipi adapted from :- Dari Dapur Maklong

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.






No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...