Thursday, June 19, 2014

FRIED TAUCHO CRABS


Kalau sukakan yang tidak berkuah, resipi ini cukup sesuai. Ketam digoreng bersama sos taucho. Mudah menyediakanya dan bahan yang diperlukan tidak banyak. Sedap dimkan bersama Nasi panas dan sesuai digandingkn dengan lain-lain Chinese Food cuisine.

Taucho Crabs

Ingredients
6 ekor ketam dibelah dua goreng garam kunyit dan letak sebelah
2 biji cili merah dihiris menyerong
1 biji bawang besar dihiris bulat.
3 sdb minyak masak

Bahan Tumis
2" halia muda dihiris nipis
5 ulas bawang putih dihiris halus
2 tangkai daun bawang dihiris memanjang 1"
3 sdb taucho dibasuh
1 sdb sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan
Panaskan minyak dan tumis bwang putih dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan daun bawang dan taucho masukkan 1 cawan air biar seketika.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa
Masukkan ketam yang digoreng, cili merah dan bawang besar.
Gaul rata..angkt dan siap dihidang
Notes
Adapted from - Patyskitchen

1 comment:

adda syuhada said...

ok kak, akan ku cuba resepi nih sebab terlalu simple. resepi yg terlalu simple mmg kita suka! hehehe..tq kak =)

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...