Monday, June 16, 2014

MINI ICED FRUITCAKES


Tekak memang mengidam kek buah....cukup-cukup berhajat. Kalau dibakar sebuku pasti tidak habis. Anak-anak di rumah kurang sedikit dengan kek ni, jadi saya search cari resipi mini fruitcake ini. Alhamdulillah terjumpa di Malaysian Woman Weekly Magazine edisi Mother's Day. Check bahan semua ada jadi saya buat 1/2 adunan dapat dalam 10 biji. Sedap memang puas hati cuma saya ada buat sedikit kesilapan dalam timbangan kek ini...saya lupa bahagi dua untuk rempah kuih...ha..ha..kek saya agak gelap sedikit dan rasa rempahnya agak tebal sedikit..anyway saya suka rasanya

Saya hiaskan kek dengan Lemon Glaze menggunkan bancuhan gula icing dan jus lemon...----AWESOME and perfect tea collections.

Mini Iced Fruitcakes
Kek buah yang sedap sesuai buat sajian petang.
Ingredients
250 g mentega
200 g gula perang
85 g orange marmalade
4 biji telur
260 g tepung gandum
85 g tepung naik sendiri
1 1/2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt serbuk rempah campur
450 g buah-buahan kering campur
1/4 cawan jus orange

Directions


  1. Panaskan oven pad 160 C dan sapukan menteg pada acuan muffins
  2. Satukan semua bahan kering, tepung rempah dan buah-buahan campur dan letak sebelah
  3. Pukul mentega, gula dan marmalde sehingga kembang
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga adunan sebati
  5. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit kuap sehingga sebti.
  6. Masukkan adunan dalam acuan muffins dan bakar selama 30 minit.
  7. Sejukkan dan sapukan kek dengan jus oren.
Notes
Adapted from - The Malaysian Woman's Weekly

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...