Monday, June 30, 2014

PRAWN CURRY WITH DRUMSTICK


Kata orang murungai ni berangin...ha...ha...tapi kalau dah suka semua pantang larang diketepikan. Asalnya nak masak kari prappu telur tapi dah ada udang..saya tukar plan. Cara memasaknya lebih kurang macam masak dalca juga. Sedap dengan apa-apa jenis nasi.

Prawn Curry With Drumstick


  • 4 batang murungai dikerat 2" panjang direbus dahalu dan toskan
  • 1 kg udang hidup 
  • 3 biji kentang dibelah 4
  • 1 batang crrot dihiris menyerong 
  • 1/2 cawan dhal direbus
  • 1/2 cwan tairu/yogurt/santan
  • sedikit air asam jawa
  • 3 sdb minyak masak


Bahan Tumis

  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih *
  • 2" halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 packet rempah kari daging
  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 bunga cengkih
Cara Membuatnya


  1. Tumbuk halia dan bawang putih
  2. Panaskan minyak tumis bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan kayu manis, pelga, lawang dan cengkih dan daun kari
  4. Biar seketika dan masukkan rempah kari
  5. Tumis sehingga pecah minyak kemudin masukkan kentang, dhal bersama 3 cawan air.
  6. Biar kentang empuk kemudian masukkn udang dan murungai..
  7. Renehkn sehingg murungi dan udang masak.
  8. Masukkan carrot dan tairu..garam, gula dan air asam.
  9. Renehkan sehingga naik minyak dan angkat.
Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...