Friday, March 21, 2014

TOMATO PIZZA PUFF

Kadang-kadang kita mempunyai habit bila memborong angkut aje...barang lepas tu tak tahu hendak dibuat apa. Ha...jika anda dalam situasi sedemikian dan jika antra barang yang ada dalam stok fridge anda ialah pastry sheet...cuma sajian ini..honestly ianya tidak memerlukan resipi khas. Anda cuma perlu bahan sampingan dan campak-campak..aje..

Dalam sajian ini saya letakkan fresh tomato dan keju aje. Potong pastry sheet mengikut size kegemaran masing-masing  susun tomato..tabur cheese dan letakkan aje apa-apa herbs kegemaran anda...Bakar..memang sedap rapuh dan ranggup....sehebat Pizza.


Tomato Pizza Puff
Prep time

Cook time

Total time

Bahannya
Puff Pastry
2 sdb minyak zaiton
1/4 cawan Keju Parmesan
2/3 keju ricotta
2 biji tomato dihiris nipis
2 sdb dills

Panaskan ketuhar 220 C
Canaikan pastry mengikut saiz masing-masing
Renjiskan dengan minyak zaiton
Susun tomato atas pastry dan taburkan kedua-dua cheese dan dills
Bakar selama 20-30 minit atau sehingga kekuningan

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...