Friday, March 07, 2014

CHEF WAN LEMON POPPY SEED CAKE


Resipi versi Chef Wan ni memang sedap. Keknya lembap dan lembut. penggunaan sirap lemon menambahkan kelazatan kek ini. Kek yang sesuai buat minum petang.






Ingredients
1/2 cawan kaskas berwarna gelap
1/2 cawan susu segar
340 g mentega
1 1/4 cawan + 1/4 cawan gula
2 sdb jus lemon
1 sdb parutan kulit lemon
8 biji telur diasingkan kuning dan putih
2 cawan tepung kek
1/4 sdt garam

Cara Membuatnya


  1. Rendam kaskas dengan susu sekurang-kuranya 4 jam. Bilas dengan air dan tos betul-betul
  2. Putar mentega dan sedikit demi sedikit masukkan gula 1 1/4 cawan. Pukul dan masukkan jus dan kulit lemon
  3. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji..pukul betul-betul setiap kalai menambahkan telur sehingga ringan dan gebu.
  4. Di dalam mangkok lain pukul putih telur sehingga kembang. masukkan 1/4 cawan gula dan pukul sehingga kembang
  5. Ayakkan tepung dan garam. perlahan-lahan kaup dan balikkan ke dalam adunan mentega dalam tiga bahagian berselang seli dengan adunan putih telur
  6. Tuang adunan ke dalam acuan kek dan bakar selama 60 minit pada 175 C


Sirap

1/4 cawan jus lemon
1/4 cawan jus oren
1/3 cawan gula ising

Untuk kek yang masam, buat sirap dengan mencapurkan jus lemon dan jus oren. Masukkan gula serbuk dan kacau sehingga gula larut. Apabila kek sejuk cucuk-cucukkan permukaannya dengan garfu dan tuang sirap ke atasnya rata-rata. Sejukkan kek ke dalam acuan supaya sirap betul-betul meresap ke dalam kek.

Note :- kalau suke boleh juga dibuat lemon glaze di curah ke atas kek

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...