Pages

Saturday, March 29, 2014

STRAWBERRY SHORTCAKE TRUFFLE


Pencuci mulut yang mudah disediakan, jika mempunyai lebihan kek span boleh dijadikan pencuci mulut ini..jika tidak tetapi gemarkan pencuci mulut seperti ini bolehlah bake satu sponge kek dan siapkan krim untuk dessert ini disusun selang seli antara kek, krim mahupun puree buah-buahan.

Jangan limitkan penggunaan buah kepada starwberry sahaja...boleh juga digantikan dengan buah-buahan kegemaran anda.

Perfect sweet ending for any meals



Strawberry Shortcake Triffle
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients
3 biji telur suhu bilik
½ cawan gula
1 ½ sdt jus lemom
½ sdt kulit lemon
½ cawan tepung
¼ sdt garam
1 sdb mentega
½ sdt esen vanilla

Cream and Berries
1 cawan krim putar
125g krim keju
⅓ cawan gula
2 sdb jus lemon
1 sdt vanilla
Buah strawberry segar
⅓ cawan jam strawberry

Sponge Cake Cream and Berries Assembly
  1. Panaskan ketuhar 325 F.Alas acuan pembakar 9 " dengan kertas minyak.
  2. Pukul telur dengan gula pada speed tinggi sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan kulit lemon dan jus lemon
  4. Ayak tepung dan masukkan haram. ..perlahan-lahan masukkan ke dalam adunan telur tadi dan terus pukul.
  5. Keluarkan 1 cawan adunan ke dalam mangkok lain dan masukkan mentega cair. Tuangkan kedalam adunan yang sedang dipukul.
  6. Kaup rata dan tuang ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. Keluar dan sejukkan

Untuk adunan krim
  1. Pukul krim sehingga soft peak. Dalam mangkok yang lain pukul krim keju sehingga lembut dan masukkan gulajus lemon dan vanila.
  2. Kaupkan krim putar yang telah dipukul tadi Sejukkan sebelum diguna
  3. Bila sedia digunakan masukkan ke dalam piping bag.

Menyediakan triffle
  1. Satukan jam dan berries dan letak sebelah
  2. Potong kek span tadi kepada 12 bulatan  menggunakan penerap bulat. Saiz harus sama dengan saiz gelas yang digunakan/ Masukkan strawberry dibahagian bawah gelas...lapiskan dengan krim, strawberry dan kek span. Ulangi proses sehingga penuh gelas.
  3. Taburkan cokolat putih ataupun strawberry di atas
  4. Sejukkan sebelum dihidang.
 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

2 comments:

Sue said...

salam.. saya suka resepi kt sini.. cuma sy tak pandai kira mcmana nak tukar suhu F ke C tu.. sbb oven saya guna C je.. oven biasa je.. hehe bole tak tolong utk resepi ni

Handbag Mampu Milik said...

assalamualaikum..saya nak exchange blog list boleh?

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...