Monday, March 03, 2014

LOMPANG MANIS


Banyak-banyak kuih Melayu yang paling mudah dibuat ialah kuih lompang. Boleh dibuat perisa pandan, perisa gula merah dan perisa biasa dengan warna mengikut pilihan sendiri. menariknya tentang kuih lompang ni..kita jadi panasaran apabila membuka tudung kukusan untuk melihat lompang kita menjadi cantik dengan lubang ditengah-tengah kuih. Sesuai buat sarapan mahupun minum petang dengan diletakkan sedikit kelapa putih parut ditengah-tengah lubang lompang.

Ingredients
4 cawan tepung beras
6 cawan air
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung jagung/tepung sagu
1 sdt vanilla
warna mengikut kesukaan masing-masing.

Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga pekat dan sejukkan

Panaskan kukusan

Tepung beras, tepung jagung disatukan dalam mangkok dan kacau bersama 4 cawan air

Masukkan air gula tadi dan ditapiskan.

Warnakan adunan mengikut kesukaan masing-masing

Panaskan acuan lompang dalam kukusan dan tuangkan adunan tadi.

Kukus selama 15-20 minit, sejukkan, keluarkan dari acuan dan hidang bersama kelapa parut putih.

2 comments:

Rosdi Eunos said...

Kuih lompang ni kak Paty, kalau rajin, air untuk adunan tu, gunakan air dari kelapa yang kita nak parut tu, masakkan dengan daun pandan dan gula.. rasanya Insya Allah, smooth dan makin naik. Kuih ni masa saya sekolah rendah tu, kalau mak saya beli untuk sarapan 10 biji akan beli asing.. khas untuk saya sorang jer. Sampai kakak saya panggil saya 'Hantu Lompang'!
hehe

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

wow...gitu ekkk...kalau macam tu akak kena ikut resipi hantu lompang pulak ya..nanpak menarik boleh terasa dah sedapnya..ok I will do again with air kelapa and thanks.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...