Pages

Thursday, March 27, 2014

CINAMMON APPLE PIE


Resipi yang tidak perlu pengenalan. Ramai yang menyukainya. Berbagai resipi dan berbagai cara membuatnya. Sedap jika disajikan bersama ais krim. Saya lebih gemar memakannya sejuk..dan selalunya selepas bakar akan saya sejukkan semalaman di dalam fridge.Kalau yang sukakan yang panas boleh dimicrowavekan. perfect for tea.






Pie Epal Kayu Manis


Prep time

Cook time

Total time


Bahannya
10 biji epal hijau size sederhana
½ cawan (125ml) air
¼ cawan (55g) gula caster
1 sdt kulit lemon
¼ sdt serbuk kayu manis
1 biji putih telur
1 sdb gula caster untuk pastry
1 cawan (150g) tepung
½ cawan (75g) tepung naik sendiri
¼ cawan (35g) tepung jagung
¼ cawan (30g) tepung kastard
1 sdb gula caster
100g mentega sejuk, didau besar
1 biji kuning telur
¼ cawan (60ml) air ais
Cara Penyediaanya
Pastry
Satukan semua bahan kering dan masukkan mentega. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan air sejuk dan gaul sehingga sebati. Perlahan-lahan uli diatas meja yang ditepungkan sehinggaadunan licin. Masukkandalam plastic dan sejukkan selama 30 minit.
Untuk Intinya
Kopekkan kulit epal dan potong dadu.Masukkan epal dan air dalam periuk dan rebuskan epal seketika sehingga epal masak. Tapiskan airnya dan masukkan gula, kulit limau dan serbuk kapyu ,manis. Sejukkan.
Panaskan oven pada 220 C. Oleskan   mentega pada acuan pie 25 cm.
Bahagikan pastry kepada dua. Canaikan sebesar yang boleh memuatkan pastry pada acuan pie. Masukkan pastry dalam acuan pie dan kemaskan kelilingnya. Sudukan inti epal tadi. Dan sapukan putih telur dikelilingnya
Canai bahagian kedua pastry tadi dan tutup atas pie yang dimasukkan intinya. Tekan dan klimkan tepinya supaya kemas.Sapukan dengan  putih telur dan taburkan dengan gula. Bakar selama 20 minit. Perlahankan api ke 180 C dan bakar lagi selama 25 minit sehingga masak dan kekuningan. Hidangkan bersama sos kastard atau ice cream.


Instructions

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...