Pages

Thursday, March 20, 2014

MIXED BERRIES PUFF


Sajian ini memang cantik dan sedap jika dijadikan hidangan cocktail party. 

Mudah membuatnya dan banyak pilihan yang boleh dibuat samada menggunakan buah-buahan mahupun memasukkan inti pedas. 

Paling penting sajian ini adalah membuat pastrynya. Dengan kreativiti anda anda boleh menghasilkan berbagai bentuk cawan pastry dihiasi dengan krim kastad dan buah-buahan. 



Mixed Berries Puff



Prep time

Cook time

Total time

Ingredients

Bahannya
1 kotak puff pastry
Gula ising untuk ditabur ke atas pastry
1/2 cawan krim putar
2 sdb gula ising
1 (8oz) block krim keju
1/3 cup gula ising
1/2 sdt vanilla
Buah-buah segar
1 kiwi hijau dihiris nipis
1 kiwi emas dihiris nipis
5-6 biji buah strawberry dihiris nipis
½ cawan buah blueberry
Cara Membuatnya
Pastry
Canai dan terapkan pastry dengan acuan. Bakar dan sejukkan. Boleh menggunakan apa-apa bentuk acuan.
Selepas dibakar guna rolling pin kecil untuk menegelamkan bahagian tengah pastry supaya ia membentuk lubang

Krim Putar
Pukul krim putar sehingga kembang dan naik. Masukkan gula ising dan terus pukul sehingga menjadi soft peak.
Adunan Keju
Pukul krim keju sehingga lembut. Masukkan gula ising danterus pukul sehingga sebati. Masukkan vanilla dan pukul sehingga sebati
Kaupkan adunan keju ke dalam adunan krim putar sehingga sebati dan sekata.
Menghiaskan Pastry Puff
Masukkan adunan krim putar dan keju kedalam piping bag..dan pipekan cream kedalam pastry. Susun buah-buah mengikut citarasa masing-masing. Chill ..sebentar dan sedia dihidang.


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...