Sunday, March 23, 2014

MASAK LOMAK PUCUK UBI, PETAI TEMPOYAK


Petama kali mencuba resipi tempoyak. Saya walaupun 3 tahun tinggal di Perak tidak pernah makan dan tidak pernah memasak tempoyak. Pernah makan sekali Gulai lemak tempyak ikan patin di Tasek Kenyir Resort Trengganu..memang sedap tetapi memang tak tahu masak, lagi pulak anak-anak tak makan. Tapi baru-baru ini terpanggil untuk mencuba...masyallah sedap rupanya. Dua resipi tempoyak saya cuba..satu sambal tempoyak dan masak lomak ini. Insyallah esok lusa nak pergi cari ikan patin nak cuba masak lomak ikan patin tempoyak.

Masak lomak pucuk ubi tempoyak petai ini memang sedap kalau digandingkan dengan ikan masih. memang mengasyikkan dan menyelerakan.


Lomak Pucuk Ubi Petai Tempoyak
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients

1 ikat pucuk ubi, recek halus rebus dan toss
1 batang serai dititk
200 g isi petai
2 sdb ikan bilis direndam dan dititik
25 biji cili padi
1 biji bawang besar
2" kunyit hidup
3 cawan santan pekat
1/2 cawan tempoyak
garam dan gula secukup rasa

Instructions

  1. Dalam periuk, masukkan 3 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair, tempoyak, pes cili pada, serai yang dititk, garam gula secukup rasa dan ikan bilis.
  2. Renehkan atas api sehingga mendidih
  3. Masukkan pucuk ubi dan petai ...
  4. Adjust rasa
 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...