Pages

Tuesday, September 05, 2017

MINI PAVLOVA


Tidak semua orang mampu memakan pavlova ini ha...ha... bukan kerana ianya mahal tidak tetapi kerana kemanisannya Pavlova ini memang manis ia mengandungi putih telur dan gula oleh sebab itu juga jika saya membuat pavlova saya lebih gemar meletak whip cream sebagai toppingnya dan buah buahan segar seperti berry yang masam masam sedikit untuk mengimbangkan rasanya. 

Pavlova yang cantik adalah pavlova yang mempunyai tektur yang rangup di luar dan lembut seperti mashmallow di didalamnya




Mini Pavlova

Yield:  20 - 30 biji
Pavlova adaah sejenis meringue yang ranggup di luar dan lembut di dalam. Pavlova yang hebat adalah tektur dalamnya seperti mashmallow.

Bahan-Bahannya
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka makan
.
Cara  Menyediakannya

  1. Sediakan loyang
  2. Alas loyang dengan baking paper
  3. Lorek atas baking paper bulatan mengikut corak yang diingini
  4. Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
  5. Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C
  6. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
  7. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
  8. satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
  9. Kacau rata hingga semua bahan larut
  10. Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
  11. Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
  12. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
  13. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
  14. Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya
Bahan Hiasan:

  • Wiping Cream
  • Strawberry - di dadu
  • blueberry
  • edible flowers
  1. Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
  2. Letakkan atas pavlova tadi
  3. Hiaskan dengan buah-buahan segar

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.

Thank  You.


1 comment:

Anonymous said...

Cantiknya puan..guna nozzle apa ya?

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...