Pages

Monday, May 25, 2015

KETAYAP PANDAN


Puasa-puasa begini, kuih macam ini selalu menjadi idaman. Sudah lama tidak melenggang, hari ini buat sedikit untuk berbuka. Kuih ketayap ini bukan sahaja popular dikalangan orang Melayu tetapi juga merupakan kuih favourite Baba Nyonya juga.

Resipi ini menghasilkan lebih kurang 10 ketayap ukup buat seisi keluarga




5.0 from 2 reviews
Ketayap Pandan
Print

  • 1 cawan tepung
  • 1 cawan air pandan
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan santan
  • 1/2 sdt minyak masak
  • secubit garam


  1. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  2. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. 
  3. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  4. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (
  5. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  6. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  7. Angkat. Ketepikan.
  8. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis.
  9. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  10. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
  11. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.


Bahan Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  • 1/2 sdt garam
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

NASI GORENG 3 BAHAN / 3 INGREDIENTS FRIED RICEFRIED RICE


Saya ajar anak saya buat nasi goreng ini. Dulu masa muda-muda, masa student rajin makan di Campbell Street, nasi gorengnya cuma guna telur kicap aje..tapi mak aii sedap dan berselera. Saya namakan nasi goreng ini NASI GORENG 3 BAHAN....kerana kita cuma perlukan nasi sejuk, telur dan kicap aje...dan hendak meriah bolehlah hidangkan bersama udang galah, ayam goreng dan apa-apa ajelah.

Reason saya ajar anak saya buat nasi goreng ini kerana bukan aje ia sedap tapi yang penting budgetnya..ha..ha..sebab itu sesuai untuk student-tudent di Uni..untuk saving..nak lagi mantop siapkan cili jeruk atau cili padi potong...perghhhhh

5.0 from 2 reviews
Nasi Goreng 3 Bahan
Print


  • 1 mangkok besar nasi sejuk
  • 2 biji telur digoreng pecah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sdb kicap pekat manis
  • 2 sdb minyak
  • garam, lada sulah dan pati kube ayam


Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan nasi dan goreng sehingga agak gareng
  3. Masukkan kicap, garam lada sulah dan pati kube
  4. Gaul rata dan masukkan telur yang digoreng tadi
  5. Hidang bersama udang galah atau ayam goreng



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Sunday, May 24, 2015

THE MAGIC CUSTARD SLICE


Kenapa Magic....ha..ha..magicnya terletak kepada kenikmatannya dan bagaimana kek ini daripada bahan yang simple boleh terhasil 3 lapisan tektur yang menakjubkan, lapisan bawah seperti fudge, lapisan tengah seperti kastad dan lapisan atas seperti sponge cake al kisahnya magic terjadi didalam oven...dimana lapisan ini terjadi tersendiri.

Mudah menyediakanya dan bahannya juga mudah dan sentiasa ada digerobok dapur. Good dessert untuk sajian petang. Boleh divariasikan dengan meletakkan koko jika suka. Dengan sukatan yang sama anda cuma perlu memasukkan 1/2 cawan serbuk koko maka terhasil lah THE MAGIC CHOCOLATE SLICE pula.

Worth trying...dan pastinya akan mencuba lagi sebab layer saya kurang jelas...





5.0 from 2 reviews
The Magic Custard Slice
Print


  • 4 biji telur diasing putih dan kuning
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung
  • 1/2 cawan mentega dicairkan
  • 2 cawan susu suam
  • 1 sdt esen vanila
  • gula ising untuk tabur


Cara Menyediakannya

  1. Panaskan oven pada suhu 180 C
  2. Alas acuan 8" dengan kertas dan sapu mentega
  3. Pukul kuning telur dengan gula sehingga putih dan gebu.
  4. Masukkan mentega cair, pukul dan masukkan tepung dan masukkan susu dan esen vanilla
  5. Pukul sehingga sebati 
  6. Putih telur dipukul berasingan sehingga kental (peak)
  7. Masukkan putih telur kedalam adunan sedikit demi sedikit (saya bahagi kepada tiga), kaup dengan spatula sehingga sebati.
  8. Tuang ke dalam acuan dan bakar selama 60 minit.(saya bakar api bawah selama 30 minit dan api atas bawah selama 30 minit untuk mendapatkan warna sekata

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

SARDINE SQUARE /EPOK-EPOK SARDINE


Karipap, epok-epok merupakan kuih kegemaran masyarakat Malaysia tidak kira apa bangsa dan tidak kira apa inti di dalamnya. Favourite buat sarapan pagi, minum petang dan juga majlis. Penting badi penyediaan karipap ialah intinya mesti sedap dan kulitnya mesti ranggup

Karipap ini boleh juga difrozenkan dan banyak juga yang mengusaha buiness frozen ini. Saya selalu mengambil kesempatan hujung minggu menyediakan karipap frozen...senang jika kesuntukan masa untuk siapkan sarapan atau minum petang..boleh la digoreng...dan untuk membezakan karipap frozen saya yang sardin saya klim empat segai, untuk daging saya klim bulat manakala untuk ayam atau keledek saya klim biasa..so automatik kita sudah tahu intinya.


PrintEpok-Epok Sardin
Untuk Inti       
  • 1 tin besar ardine tos airnya dan racik2kan 
  • 2 biji bawang besar dicincang halus
  • 2 biji cili hiju dihiris nipis
  • 2 biji cili merah dihiris nipis
  • 2 sdb minyak masak
  • 2 sdb pes cili
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • 1 halia ditumbuk halus
  • 1 sdt air 
  • garam dan gula secukup rasa
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  2. Masukkan cili pes, bawang putih dan halia, tumis sehingga naik baunya
  3. Masukkan garam, sedikit sos sardin, cili hijau dan cili merah serta air asam
  4. Biar atas dapur sehingga agak kering
  5. Angkat dan sejukkan
Untuk kulitnya
  • 500 g tepung
  • 1/ 2 cawan minyak masak
  • 2 sdb majerine
  • air garam secukupnya 

  1. Panaskan minyak dengan margerin
  2. Curah pada tepung dan gaul sehingga menjadi serbuk roti
  3. Masukkan air garam sehingga adunan menjadi doh yang tidak melekat.
  4. Rehatkan doh seketika 15 - 20 minit
  5. Uli dan canai, masukkan inti dan klim tepi.
  6. Panaskan minyak dan goreng deep fry sehingga kekuningan



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

HOMEMADE SALTED CARAMEL I


Salted Karamel ini sedap jika dimasukkan pada kek atau frosting kek. Terdapat dua cara menyediakannya, satu dengan menghanguskan gula terlebih dahulu dan cara kedua dengan memasukkan semua bahan sekali dan masak atas api sehingga ia menjadi gula hangus.

Untuk resipi saya kali ini saya menggunakan gula perang kerana saya lebih gemar karamel yang berwarna gelap. Karamel ini boleh bertahan lama dan boleh disediakan lebih awal jika suka.




5.0 from 2 reviews
Homemade Salted Caramel
Print

  • 1 cawan gula pasir
  • 90 g mentega ( 6 sdb)
  • 1/2 cawan krim
  • sedikit garam


  1. Masukkan gula dalam periuk dan hanguskan
  2. Bila gula sudah cair masukkan mentega sambil dikacau
  3. Masukkan kirim dan terus kacau supaya tidak keras dan berketul
  4. Akhir sekali angkat dari api dan masukkan garam
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You


COFFEE CUPCAKES


Kadang-kadang tekak akan terasa teringin sesuatu yang manis dan kadang kala ia datang mendadak resipi cupcake ini sudah pasti dapat memenuhi tuntutan itu. Ia mudah disediakan dan penting bahan-bahannya adaah bahan yang mudah disenlongkar di gerobok dapur

Tektur kek ini lembut dan aroma coffeenya begitu memberangsangkan.  Resipi adalah adaptasi dari bg Martha Stewart.




5.0 from 2 reviews
Coffee Cupcakes
Print

250g/2 cups all-purpose flour
2 tsp baking powder
1/4 tsp salt
120ml/1/2 cup boiling water
2 tbsp instant coffee powder
60ml/1/4 cup milk
113g/1/2 cup unsalted butter, room temperature
110g/1/2 cup white sugar
100g/1/2 cup packed light-brown sugar
2 large eggs

1) Preheat oven to 180 C (350 F).

2) Sift together flour, baking powder and salt. Set aside.

3) Combine together instant coffee powder and boiling water. Let cool and mix in the milk.

4) In a large bowl, beat butter, white and brown sugars until light and fluffy. Add eggs, 1 at a time, beating well after each addition. Beat in the flour mixture in 3 additions, alternating with the coffee mixture, beginning and ending with flour.

5) Divide the batter among 12 muffin liners. Bake until a toothpick inserted into the centres comes out clean, about 20-22 minutes. Let it cool in the pan for a few minutes, then transfer to cooling rack and cool completely before frosting.

Coffee buttercream

113g/1/2 cup butter, room temperature
190g/1 1/2 cup confectioners sugar, sifted
2 tbsp instant coffee dissolved in 2 tablespoons of boiling water
1 tsp vanilla extract
1 tbsp milk (optional)

1) Beat butter and instant coffee mixture on high speed until light and fluffy.

2) Reduce speed and add confectioners sugar in 2-3 additions. Beat until incorporated. Add vanilla extract. If the mixture looks too thick, add one tablespoon of milk. Beat until you reach the desired consistency.

Frost and enjoy!

Recipe Source :- MARTHA STEWART

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Saturday, May 23, 2015

MINI BROCOLLI SAUSAGE QUICHE


Apa yang menarik tentang quiche ialah ia boleh dipelbagaikan. Apa saja boleh digunakan. Resipi kali ini saya mengguna brokoli, sausage dan cherry tomato. Masih lagi menggunakan pastry crust walaupun kita mempunyai pilihan untuk tidak meletakkanya.

Cheddar cheese dan sedikit parmesan cheese menambahkan kelazatan pada quiche ini.





5.0 from 2 reviews
Mini Quiche
Print
  • 12 keping pastry puff
  • 1 ketu brokoli dihiris nipis
  • 12 biji cherry tomato dibeah dua
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 7 sausage dihiris nipis buat
  • 2 sdb mentega
  • garam dan lada sulah secukup rasa
  • 6 biji telur
  • 1 cawan susu atau krim 
  • 1 cawan cheddar cheese parut
  • sedikit parmesan cheese



Cara Menyediakanya

Untuk Kastad Telur
  1. Pukul Telur dengan susu, masukkan garam dan lada sulahletak sebelah

  2. Untuk Sausage
  3. Panaskan mentega dan tumis bawang besar sehingga naik baunnya
  4. Masukkan sausage dan balik-balikan akhir sekali masukkan brokoli
  5. Angkat dan sejukkan


Cara menyediakannya
  1. Panaskan oven pada 180 c
  2. Sapu mentega pada acuan muffin.
  3. Bulatkan pastry dan masukkan kedalam acuan muffin
  4. Masukkan kastad telur, sudukan sausage dan brokoli masukan ke dalam katad telur
  5. Tabur pamesan dan cheddar cheese
  6. Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

MINI FRUIT TARTLETS


Sicomel yang membuahkan rezeki kepada kebanyakan home baker. Selalu menjadi favourite untuk apa jenis majlis sekali pun. Bukan sahaja tarts tapi crusts juga boleh menjanakan sumber pendapatan. Ramai juga yang mengusahakan tart shell ini....alhamdulillah memudahkan jika terdapat urgent order yang perlu dibuat. Ready made tart shell sentiasa ada.

Tart filling ini ada  option, semua bergantung kepada customer ada yang suka krim dan ada yang suka kastard filling. Semuanya boleh dibuat advance. Untuk buah atau hiasan pula bergantung pada budget. Kalau yang tidak kisah budget maka berries menjadi pilihan kalau tak buah tin merupakan option seterusnya

Anyway mini tartlets ini memang ranggup and sedap.



5.0 from 2 reviews
Mini Fruit Tartets
Print
Bahan Tart
  • 195 gram tepung halus atau tepung gandum
  • 50 gram gula aising, diayak
  • 113 gram mentega sejuk, didadu kecil
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • secubit garam

Bahan Kastard
  • 1 1/4  cawan susu segar
  • 1 1/2  sdb tepung kastard
  • 1 1/2  sdb tepung biasa
  • 1 1/2 camca besar gula halus
  • 3 biji telur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca besar mentega

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Buah Peach secukupnya 

Untuk Pastry Tart
Gaul tepung, gula aising dan mentega sejuk hingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti, guna hujung jari saja. Tuang esen vanilla dan masukkan telur sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Rehatkan sekejap. Sediakan acuan tart, ambil doh tadi sebesar duti 20 sen dan tekan dalam acuan tat dan bentukkan mengikut acuan tadi dan kemaskan. Buat hingga siap, cucuk sikit degan garfu pada dasar doh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Biar sejuk sebentar dan keluarkan dari acuan. Sejukkan atas jaringan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk kegunaan kemudian.

Penyediaan Kastard
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. Kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga kastard pekat, kacau selalu. Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan ketepikan sebentar, biar sejuk sedikit.

Hiasan
Buah strawberry dipotong 2 atau ikut saiz kulit tart, begitu juga buah kiwi. Ambil satu kulit tart, sapu sedikit coklat cair pada dasarnya, kemudian sudukan kastard 1/2 penuh. Susun buah strawberry dan kiwi tadi. Beruskan dengan sedikit piping jelly pada permukaan buah dan tepi kulit tart. 

Recipe Source :- PATYSKITCHEN
@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Friday, May 22, 2015

BABY KAILAN STIR FRIED WITH GARLIC/ BABY KAILAN GORENG BAWANG PUTIH



Cuma dua bahan sahaja digunakan untuk menyediakan sayur kegemaran saya iaitu baby kailan dan bawang putih tetapi masyallah sedapnya tidak terhingga. Saya kalau goreng sayur ini memang tidak perlu lauk. Bawang putih dgoreng sehingga kekuningan dan dimasukkan kailan..balik-balikkan dan terus angkat..masak tidak perlu lama...kesegaran sayur menyebabkan ia begitu ranggup.

Sedap makan bersama nasi panas dan jika suka boleh dimasukkan ikan masin goreng ke dalam sayur.


Print
5.0 from 2 reviews
Garlic Baby Kailan
  • 9 - 10 kailan dibuang kepala dan bersihkan
  • 3 bawang putih dicincan
  • 2 sdb minyak masak
  • garam, serbuk pati ayam

Cara Menyediakannya


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan
  2. Masukkan sedikit air, garam dan pati kube
  3. Masukkan kailan, balik-balikkan dan angkat.






Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...