Pages

Saturday, March 29, 2014

TALAM TOKYO



Lama tidak membuat Talam Tokyo ni...menariknya tentang talam ni satu namenya kedua ialah lain dari talam biasa yang kita gunakan pulut sebagai lapisan bawah tetapi untuk talam Tokyo kita gantikan pulut dengan sagu dan su'un...lagi mudahkan..tak payah nak kukus-kukus pulut.

Membuatnya juga ada dua cara..boleh dibuat lapisan kastadnya selapis atau pun dilapiskan dua dengan warna yang berbeza. Kesemuanya bergantung kepada citarasa masing-masing.

Untuk resipinya bolehlah klik pada blog saya yang terdahulu - Klik sini - http://patyskitchen.blogspot.com/2010/12/talam-tokyo.html


STRAWBERRY SHORTCAKE TRUFFLE


Pencuci mulut yang mudah disediakan, jika mempunyai lebihan kek span boleh dijadikan pencuci mulut ini..jika tidak tetapi gemarkan pencuci mulut seperti ini bolehlah bake satu sponge kek dan siapkan krim untuk dessert ini disusun selang seli antara kek, krim mahupun puree buah-buahan.

Jangan limitkan penggunaan buah kepada starwberry sahaja...boleh juga digantikan dengan buah-buahan kegemaran anda.

Perfect sweet ending for any meals



Strawberry Shortcake Triffle
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients
3 biji telur suhu bilik
½ cawan gula
1 ½ sdt jus lemom
½ sdt kulit lemon
½ cawan tepung
¼ sdt garam
1 sdb mentega
½ sdt esen vanilla

Cream and Berries
1 cawan krim putar
125g krim keju
⅓ cawan gula
2 sdb jus lemon
1 sdt vanilla
Buah strawberry segar
⅓ cawan jam strawberry

Sponge Cake Cream and Berries Assembly
  1. Panaskan ketuhar 325 F.Alas acuan pembakar 9 " dengan kertas minyak.
  2. Pukul telur dengan gula pada speed tinggi sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan kulit lemon dan jus lemon
  4. Ayak tepung dan masukkan haram. ..perlahan-lahan masukkan ke dalam adunan telur tadi dan terus pukul.
  5. Keluarkan 1 cawan adunan ke dalam mangkok lain dan masukkan mentega cair. Tuangkan kedalam adunan yang sedang dipukul.
  6. Kaup rata dan tuang ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit. Keluar dan sejukkan

Untuk adunan krim
  1. Pukul krim sehingga soft peak. Dalam mangkok yang lain pukul krim keju sehingga lembut dan masukkan gulajus lemon dan vanila.
  2. Kaupkan krim putar yang telah dipukul tadi Sejukkan sebelum diguna
  3. Bila sedia digunakan masukkan ke dalam piping bag.

Menyediakan triffle
  1. Satukan jam dan berries dan letak sebelah
  2. Potong kek span tadi kepada 12 bulatan  menggunakan penerap bulat. Saiz harus sama dengan saiz gelas yang digunakan/ Masukkan strawberry dibahagian bawah gelas...lapiskan dengan krim, strawberry dan kek span. Ulangi proses sehingga penuh gelas.
  3. Taburkan cokolat putih ataupun strawberry di atas
  4. Sejukkan sebelum dihidang.
 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

PUFF SARDINE


Cara yang paling mudah menyediakan puff dan pastry sekarang ialah dengan menggunakan pastry yang saip. Saya selalu beli dan stock dalam fridge...agak-agak terasa hendak memakanya..cuma fikirkan inti apa yang hendak digunakan. Sudah tidak perlu renyah-renyah lagi. Resipi kali ini saya gunakan sardine. Untuk tidak cepat mual saya tumiskan cili dan masukkan sardin. Boleh la ada rasa agak-agak pedas sedikit.





Perfect Vanilla Cupcake Recipe
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients

1 paket pastry
1 biji telur dipukul

Untuk intinya
1 tin besar sadin
2 sdb pes cili
2 biji bawang besar dicincang halus
2 biji cili merah dihiris nipis
1 sdb jus limau
garam secukup rasa


Instructions

  1. Panaskan 2 sdb minyak dalam kuali
  2. Tumiskan bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan pes cili dan tumis sehingga agak garing sedikit
  4. Masukkan sardine dan dilecek-lecekan
  5. Masukkan 2 sdb sos sardin, jus limau dan garam secukup rasa
  6. Masukkan hirisan cili merah dan biar sehingga agak kering sedikit angkat dan sejukkan inti.


Cara menyediakan Puff


  1. Untuk mudah membuat puff ini saya guna pastry yang siap dipotong 4 segi jenama kawan
  2. Masukkan inti selitkan air keliling pastry dan lipat dua
  3. Sapukan telur di atas dan bakar pada suhu 200 c sehingga masak atau sehingga kekuningan.





 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

Friday, March 28, 2014

TALAM PANDAN PULUT HITAM


Sedap tenguk Ayu Curlybabe Satisfaction buat..so cuba resipi Ayu..nampak mudah..sekali baca dah tahu memang sedap so saya guna resipi Ayu. Pada kekawan yang bertanya bolehlah dapatkan resipinya diblog Ayu..klik sini ya....sesuai buat sajian Ramadan nanti,,,- 

http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/#axzz2xE2SvvoQ

Thanks Ayu for the great recipe

Thursday, March 27, 2014

PEAR PIE


Resipi sama seperti epel pie cuma ubahkan buahnya aje dan bentukkannya menjadi mini pie. Resipi asal meletakkan potongan gula caramel tapi kerana susah mendapatkanya saya cuma meletakkan inti pear sahaja. I LIKE..sedap makan panas-panas




Pear Pie
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients

1-2 keping pastry puff
1 biji telur untuk sapuan
 
Untuk Inti Pear
5 biji buah pear
25g mentega
50g gula caster
25g gula merah
Dalam periuk cairkan mentega, gula merah, masukkan pear dan masak atas api sambil dikacau sehingga pekat. Sejukkan.
 
Menyediakan Pie
1.      Bahagi pastry pada dua bahagian satu untuk bawah dan satu bahagin untu penutup,
2.      Canai pastry mengikut arahan pada bungkusan
3.      Sapukan muffin pan dengan mentega
4.      Terap pastry dalam acuan.
5.      Sudukan inti pear
6.      Tutup pastry dan klim tepinya
7.      Sapukan dengan telur dan bakar pada suhu 180 C selama 20 -30 minit atau sehingga kekuningan


Instructions

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

CINAMMON APPLE PIE


Resipi yang tidak perlu pengenalan. Ramai yang menyukainya. Berbagai resipi dan berbagai cara membuatnya. Sedap jika disajikan bersama ais krim. Saya lebih gemar memakannya sejuk..dan selalunya selepas bakar akan saya sejukkan semalaman di dalam fridge.Kalau yang sukakan yang panas boleh dimicrowavekan. perfect for tea.






Pie Epal Kayu Manis


Prep time

Cook time

Total time


Bahannya
10 biji epal hijau size sederhana
½ cawan (125ml) air
¼ cawan (55g) gula caster
1 sdt kulit lemon
¼ sdt serbuk kayu manis
1 biji putih telur
1 sdb gula caster untuk pastry
1 cawan (150g) tepung
½ cawan (75g) tepung naik sendiri
¼ cawan (35g) tepung jagung
¼ cawan (30g) tepung kastard
1 sdb gula caster
100g mentega sejuk, didau besar
1 biji kuning telur
¼ cawan (60ml) air ais
Cara Penyediaanya
Pastry
Satukan semua bahan kering dan masukkan mentega. Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan kuning telur dan air sejuk dan gaul sehingga sebati. Perlahan-lahan uli diatas meja yang ditepungkan sehinggaadunan licin. Masukkandalam plastic dan sejukkan selama 30 minit.
Untuk Intinya
Kopekkan kulit epal dan potong dadu.Masukkan epal dan air dalam periuk dan rebuskan epal seketika sehingga epal masak. Tapiskan airnya dan masukkan gula, kulit limau dan serbuk kapyu ,manis. Sejukkan.
Panaskan oven pada 220 C. Oleskan   mentega pada acuan pie 25 cm.
Bahagikan pastry kepada dua. Canaikan sebesar yang boleh memuatkan pastry pada acuan pie. Masukkan pastry dalam acuan pie dan kemaskan kelilingnya. Sudukan inti epal tadi. Dan sapukan putih telur dikelilingnya
Canai bahagian kedua pastry tadi dan tutup atas pie yang dimasukkan intinya. Tekan dan klimkan tepinya supaya kemas.Sapukan dengan  putih telur dan taburkan dengan gula. Bakar selama 20 minit. Perlahankan api ke 180 C dan bakar lagi selama 25 minit sehingga masak dan kekuningan. Hidangkan bersama sos kastard atau ice cream.


Instructions

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

ORANGE CAKE WITH CHOCOLATE GANACHE


Permintaa customer mahukan orange cake with chocolate ganache. Saya gunakan recipe butter cake dengan mengganti susu dengan jus limau oren. Parut kulit oren menambahkan aroma dan keenakan kek. Pada mulanya saya rasa jangkal dengan meletakkan chocolate ganache..tetapi nyata ianya mempunyai kombinasi yang menarik dan sedap.




Orange Cake with Chocolate Ganache
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients
250 g mentega
250 g gula cater
270 g tepung naik sendiri
4 biji telur
125 ml jus oren
2 biji parut limau oren

Instructions
Panaskan oven pada 180 C

Pukul mentega dan gula sehingga gebu

Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga habis

Gaulkan parutan oren dengan tepung

Masukkan tepung berselang seli dengan jus oren - Saya  bahagi pada tiga

Tuangkan adunan ke dalam acuan 8" atau 9" dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

Tuesday, March 25, 2014

SUGAR VEIL WEDDING CAKE WITH MAGNOLIA FLOWER


Wedding Cake ini menggunakan sugarveil...sebagai lilit tepinya..Menggunakan teknik khas untuk membuat sugar lace ini..tetapi saya belum mahir membuatnya. Sugarveil ini saya beli dari Puan Zaidah Ibrahim..pakar cake fondant..saya rasa lebih mudah dah ringkas. Berbaloi dengan harganya jadi saya lebih selesa membeli dari membuat sendiri..kerana saya kesuntukan masa dan hal-hal yang memerlukan keperincian yang terliti saya lebih senang menggunakan yang siap. Satu kombinasi yang berani dari customer untuk menyesuaikan dengan tema.

Kuntuman bunga Magnolia besar cukup untuk menaikkan hiasan kek.

PURE WHITE BLUE HYDRANGEA WEDDING CAKE


Putih tetap jadi pilihan untuk majlis potong cake. Butter cake dua tingkat ini dihias dengan menggunakan sugarveil pada tingkat bawah dan ropol pada tingkat atas. Dipermaniskan dengan kuntuman kecil hydrangea biru. Tampak lembut dan menarik bersesuaian dengan tema perkahwinannya...baby blue.

Sunday, March 23, 2014

PANCAKE MINI MUFFIN


I love this...a different way of preparing your pancake. Instead of the normal way you, you just need to bake it a muffin pan. Awesome..you can tweak with kaya....like kaya ball or any berries. Serves best with maple syrup.




Pancake Mini Blueberry Muffin

Save Print
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients

3 cawan tepung
1 sdb baking powder
secubit garam
3 sdb gula
4 sdb mentega cair
1 sdb cuka
2 biji telur
2 1/2 cawan susu
1 cawan blueberry


Instructions
Blend semua bahan kecuali blueberry
Tapis dan tuangkan dalam juga


Sapukan acuan muffin dengan mentega
Tuangkan adunan 3/4 penuh



Masukkan blueberry


Bakar pada suhu 190 C selama 25-30 minit
Sejukkan dan keluarkan.
Hidang bersama sirap maple


 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

SAMBAL TEMPOYAK


Penyedap selera yang cukup hebat. Sesuai untuk digandingan dengan lauk pauk Melayu. All i can say..its heavenly good.


Sambal Tempoyak
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients
7 biji cili merah
11 biji cili padi
1" belacan bakar
3 sdb tempyak
garam gula dan perisa secukups rasa

Instructions


  1. Tumbuk semua bahan kecuali tempoyak sehingga lumat
  2. Masukkan tempoyak, garam, gula dan serbuk aji
  3. Adjust ikut rasa.

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...