Pages

Showing posts with label Pudding. Show all posts
Showing posts with label Pudding. Show all posts

Monday, January 01, 2018

SAGO GULA MELAKA


Dessert ini tidak perlu pengenalan diri, cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia sehingga 5 star hotel pati menyediakanya sebagai buffet dessert. Paling popular masa Ramadan Buffet pergi la mana baik Bazaar Ramadan mahu pun Ramadan Buffet dari 1 star hingga 5 star wajib ada. Mudah menyediakan dan cukup sedap sebagai penyejuk tekak. Bahanya mudah 3 bahan aje sago santan dan sirap gula Melaka.

Sedap dan menjadi pilihan jika cuaca panas. Bertambah sedap jika di chillkan dahulu



Sago Gula Melaka

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Dessert favourite boleh dikatakan kegemaran masyarakat Malaysia sago dimosok don dimokon bersama santan pekat dan sirap gula Melaka
Bahan-bahan
  • 200 gram biji sago rumbia
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
  • 60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
  • 100 gram gula pasir*
  • 3/4 cawan air*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

Kaedah Penyediaan
  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
  2. Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
  3. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
  4. Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).
  5. Sementara kita tunggu sagu kita kental kita sediakan air gula
  6. Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
  7. Masak hingga gula larut
  8. Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
  9. Masak hingga pekat dan sejukkan
  10. Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan
  11. Bila sago dah sejuk dan kental,
  12. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, November 20, 2017

PUDDING ROTI LAPIS KASTAD


Pudding Roti yang diolah menjadikannya lebih menarik dengan melapiskannya dengan agar-agar pudding dan dimakan bersama kastad sos. T.erdapat banyak variasinya ada perisa pisang, pandan, kacang merah, keladi jagung dan apa-apa sahaja yang sesuai dengan selera. Oleh kerana saya peminat tegar kopi makanya untuk pudding roti ini saya masukkan sedikit coffee emulco.

Resipi asal dari wall citarasawan. Dessert ini cukup sesuai dijadikan pencuci mulut



Pudding Roti Lapis Kastad

Yield: - lebih kurang 1 loyang  8"
Pudding Roti dilapisi Pudding Perisa Kopi dan dihidang bersama Sos Kastad
  • 8 keping roti
  • 400 ml susu segar / susu sejat
  • 50 gm gula pasir
  • 2 sudu besar mentega cair
  • 3 biji telor B
  • 1/4 sudu teh garam
  • Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega.
  • Loyang 10 in di isi air panas

Penyediaan 
  • Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Satukan susu, gula, telur dan garam ke dalam pengisar. Kisar sebati.
  • Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair 
  • Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan susu.
  • Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
  • Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang.
  • Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak.
  • Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
  • Longgarkan keliling tepinya dengan spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dari loyang.
  • Sementara itu sediakan lapisan puding kastard.

Lapisan Atas Puding Kastard
  • 7 gm agar-agar serbuk
  • 500 ml air
  • 120 gm gula
  • 200 ml susu cair
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu teh coffee emulco
  • secubit garam

Cara-cara :
  1. Satukan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
  2. Masukkan gula , susu cair dan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air, coffee emulco dan garam.
  3. Masak hingga adunan mendidih dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  4. Tuang ke atas permukaan puding roti
  5. Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dari loyang.

Sos Kastard
  • 400 ml susu cair / susu sejat
  • 100 ml air
  • 50 gm gula pasir
  • secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • pewarna kuning jika suka

  1. Satukan semua bahan, whisk dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak dengan api sederhana, sentiasa di kacau dengan whisk sehingga sos hampir pekat.
  3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas.
  4. Tutup dengan plastik wrap supaya permukaanya tidak kering dan biarkan sejuk.
  5. Puding bertambah enak di makan bersama sos.
  6. Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding




RECIPE SOURCE: Citarasawan
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, October 23, 2017

PUDDING KASTAD VANILLA


Vanilla Custard Pudding ini adalah basic pudding yang boleh diolahkan mengikut citarasa kita, ia cukup versatile dan boleh digabungkan dengan apa jenis bahan sekali pun. Boleh dimakan bersama fresh krim dan cokolata sos, mangga strawberry, karamel butterscotch dan apa jua pun mengikut selera kita.

Pudding ini paling sedap kalau dapata dimasak menggunakan vanilla bean, nyata ia menaikkan aroma rasanya


Pudding Vanilla

Yield: - lebih kurang 6 bekas kecil
Pudding Vanilla ringkas yang sesuai dimakan bersama fresh krim dan apa-apa jenis topping

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 2/3 cawan susu cair atau susu segar
  • seketul kecil gula batu ~ optional
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1sdt vanilla
Cara Menyediakannya


  1. Satukan semua bahan dan gaul rata
  2. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan berkilat anggaran 25 minit
  3. Sediakan bekas kecik dan bilas dengan air
  4. Tuangkan adunan puding dan ratakan
  5. Sejukkan dan hidang bersama fresh krim dan chocolate sos



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Thursday, October 12, 2017

    PUDING JAGUNG KASTAD


    Hmmmm lemak berkerim gitu, lembut dan sedap itu gambaran pudding ini. Memang popular terutama di bulan Ramadan bukan kerana ianya mudah disediakan tetapi juga bahanya mudah. Pudding ini paling sedap dimakan sejuk-sejuk. Jika inginkan ketulan jagung pada pudding jangan diblend bahannya tetapi saya memilih untuk blendkan jagungnya kerana saya inginkan potongan yang kemas

    Pudding enak ini sesuai sebagai pencuci mulut





    Pudding Jagung Kastad

    Yield: - lebih kurang 10 orang makan
    Pudding mudah lemak dan berkerim menggunakan tepung kastad jagung manis dan susu cair
    • 1 tin jagung manis
    • 1 cawan tepung kastard
    • 1 cawan santan
    • 1 tin susu sejat
    • 1/2 cawan gula
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 tin air - guna tin susu sejat tadi
    • pewarna kuning - opsyenal


    Cara Membuat Puding Jagung Kastard


    1. Masukan gula dan tepung kastard di dalam kuali kemudian kacau rata. kemudian masukan susu sejat (susu cair) dan 1 tin jagung manis ke dalam campuran tadi. bila nak berlemak boleh masukan 1 cawan santan dan bila anda ingin jagung nampak halus boleh di blender terlebih dahulu.
    2. Selepas tu masukan garam secukup rasa kemudian masukan air kedalam campuran tadi dan bila semua bahan nampak tak berketul boleh letakan di atas dapur jika ingin warna yang lebih cantik boleh masukan sedikit pewarna kuning
    3. Kacau sampai nampak berkilat dan pekat. warna berkilat itu yang paling cantik kemudian angkat dan tuangkan dalam loyang.
    4. Biarkan seketika sampai sejuk di dalam loyang dan bila dah sejuk baru masukan dalam peti sejuk. 


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Monday, January 04, 2016

    PUDDING KASTAD KOKTAIL BERSOS


    Sebut aje pasti pudding ini yang diminati, paling top masa ramadan. Senang membuatnya dan paling sedap dimakan bersama sos dan buah-buahan koktail

    Pudding Kastad Koktail Bersos

    Puding  Kastard
    • 1 cawan tepung kastard
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 5 cawan air
    • 5 sudu besar gula pasir
    Cara-Cara
    1. Masukkan tepung kastard kedalam periuk..campurkan garam...gaul sebati
    2. Campurkan sume bahan2 cair....kacau sebati...
    3. Tuangkan bahan2 cair kedalam periuk berisi campuran tepung kastard....kacau sebati....
    4. Masak bahan2 kastard diatas api kecil...menggunakan senduk kayu...kacau selalu sehingga adunan kastard pekat berkilat...
    5. Bila adunan kastard mula meletup2....matikan api...
    6. Tuangkan adunan kastard dalam bekas yang bersesuaian....
    7. Setelah siap acuan/bekas diisi...biarkan sejuk...sebelum dimasukkan kedalam fridge...

    Kuah Kastard

    • 1 tin susu cair IDEAL
    • 1 tin air..
    • 4 sudu besar gula 
    • 1 biji kuning telur...
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • 2 sudu besar tepung kastard ...( campur dan bancuhkan dengan sedikit susu cair @ air....)

    Cara-Cara
    1. Masukkan sume bahan kedalam periuk..
    2. Masak kuah sehingga gula larut dan kuah agak pekat sedikit..tutupkan api....

    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Thursday, April 23, 2015

    AGAR-AGAR GULA MERAH


    Agar-agar evergreen yang masih digemari. Masih ingat lagi zaman sekolah jika ada school party pasti ada agar-agar. Sedap dan mudah membuatnya. Gula Melaka dan santan memang satu kombinasi yang mantap dan cukup harum. Dengan resipi yang sama juga boleh digantikan gula Melaka dengan jus pandan.

    Cukup sesuai di musim panas ni dan paling sesuai sebagai sajian pembuka di bulan puasa ini.




    Print
    5.0 from 1 reviews
    Agar-agar Gula Merah
     
      
    • 10 gram serbuk agar-agar
    • 1/2 liter air (2 cawan) - saya guna sukatan liter
    • 250 ml santan pekat (100 ml santan kotak dan air)
    • 1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak dg garfu
    • Secubit garam

     Bahan bahan air gula:
    • 1/2 liter air (2 cawan)
    • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
    • 1/4 cawan gula pasir
    • 2 helai daun pandan - disimpul

    Cara-cara:
    Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.

    Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih. Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.

    Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

    Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.

    Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

    Tips:
    Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.

    Kalau suka lapisan santan tu nipis, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan yang nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.



    Recipe Source :- unknown

    @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

    Friday, January 23, 2015

    STRAWBERRY JELLY WITH VANILLA PANNA COTTA


    Saya jarang membuat pudding atau agar-agar..ha..ha..kerana kurang kesabaran yang tinggi. Bagi saya pudding dan agar-agar perlu ketelitian yang tinggi dimana saya kureng mempunyainya, tetapi panna cotta ini memang sesuai buat saya mudah dan cukup ringkas..ibarat membuat kuih talam pula.

    Saya lapiskan vanilla panna cotta ini dengan strawberry jelly kotak..ha..ha..kerja mudah...apa pun resipi memang sedap..



    Print

    Strawberry Jelly With Vanilla Panna Cotta

    YIELD: 4 cup   PREP TIME:  15 minutes   COOK TIME: 

    INGREDIENTS

    Untuk Jellynya

    • I kotak jelly perisa strawberry
    • 2 cawan air mendidih
    • 1 cawan strawberry dihiris
    Bancuh jelly dengan 2 cawan air mendidih kacau sehingga hancur. ..atau bancuh jelly mengikut arahan dikotak

    Untuk Panna Cotta
    • 1 1/2 cawan krim putar
    • 1 1/2 cawan susu (saya guna susu segar)
    • 2 1/2 sdt serbuk gelatin
    • 2 sdb air mendidih
    • 1/2 cawan gula
    • 1 sdt esen vanilla

    DIRECTIONS:

    1. Bancuh gelatine dengan air panas dan double boil sehingg gelatin larut..letak sebelah
    2. Satukan krim dan susu dan renehkan atas api kecil jangan sampai mendidih
    3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut
    4. Masukkan campuran gelatin kedalam cmpuran susu dan kacau atas api kecil selama 5 minit dan sehingg agak pekat sedikit.
    5. Angkat dan tuang ke dalam acuan atau mangkok pudding, sejukkan
    6. Bila panna cotta sudah agak hendak keras baru bancuh adunan jelly,
    7. Susun hirisan strawberry ke atas panna cotta dan perlahan-lahan curahkan adunan jelly keatasnya.
    8. Sejukkan didalam fridge sehingga jelly keras


    Recipe Source :- PATYSKITCHEN

    @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

    Thursday, July 17, 2014

    BURMESE JELLY - KYAUK KYAW


    Bila saya bertanyakan one of my restoran staff apa favourite Iftar masyarakat Burma, katanya Kyauk Kyaw...hemmm...mulanya pening memikir kerana dia tidak langsung menyebut jelly..katanya kuih...so saya bayangkan yang ianya kuih..tetapi bila saya goggle agak terperanjat juga apabila yang dimaksudkan Kyauk Kyaw adalah sebenarnya agar-agar.

    Lebih menarik lagi bila saya terus goggle..resipinya lebih kurang sama dengan agar-agar santan kita..memang same 100 % cuma orang Malaysia ni lebih kreatif..agar santan kita terdapat  banyak variasi, warna..merah jambu, hijau dan gula melaka..tetapi kyauk kyaw Burma..hampir semua blog yang saya kunjungi semuanya maintain warna original..warna putih kelapa...so let's check this out


    Burmese Jelly - Kyauk Kyaw


    • 1 paket agar-agar serbuk
    • 3/4 cawan gula
    • 4 1/2 cawan air
    • 1 cawa santan
    • 1 hel1i dun pandan
    Cara Menyediakannya

    1. Masak air dan gula sehingga gula hancur.
    2. Masukkan serbuk agar-agar
    3. Renehkan seketika
    4. Padamkan api..biarkan seketika
    5. Masukkan ke dalam acuan agar-agar dan sejukkan sehingga agar-agar beku dan keras




    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. and remember in making the recipes, if using table salt instead of kosher or sea salt, make sure you reduce the salt amount.


    Sunday, January 05, 2014

    BREAD CASSEROLE WITH CUSTARD SAUCE


    Lebih kurang Bread Butter Pudding...ha..ha..namenya aje tukar kasi glamour sedikit. Cara yang terbaik bagi menyelamat roti yang tak tahu hendakdibuat apa lagi. Mudah menyediakanya..jumlah telur jangan bimbang..boleh  guna 3 - 10 biji mengikut citarasa masing. Bagi saya untuk memudahkan kiraan bagi setiap 1 cawan susu..masukkan 2 biji telur  yang lain tu main darab dan agak2..jadi tektur pudding cantik. Saya masukkan sedikit tepung kastaard dalam adunan telur supaya bila potong jadi cantik. Sesuai makan dengan kastad sos atau pun syrup.





    Bread Casserole with Custard Sauce

    8-10 keping roti disapu mentega – saya potong roti tiga segi
    2 cawan susu segar
    5 biji telur
    1 sdb kastard
    ½ cawan gula
    Sedikit esen vanilla

    Potong roti ikut suka hati

    Sapu Loyang dan susun roti
    Panaskan susu, gula dan telur  dan masukkan tepung kastad…
    Tuang ke atas roti dan biarkan 15 minit
    Bakar pada api 180 C selama 20 minutes
    Angkat dan sejukkan

    Sosnya
    1 tin susu cair
    ½ cawan gula
    2 biji kuning telur
    1 sdb tepung kastard
    Sedikit esen vanilla

    Panaskan semua bahan atas api sederhana sehingga pekat

    © PATYSKITCHEN. All images & content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write 

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...