Pages

Showing posts with label Pickles. Show all posts
Showing posts with label Pickles. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

ACAR RAMPAI TELUR PUYUH


Lauk kenduri yang sedap digandingkan dengan nasi minyak, nasi tomato dan apa-apa jeni nasi. Sudah lama tidak membuatnya tiba-tiba terasa teringin pula. Kebetulan masak Nasi Kunyit maka cukup ngam lah kalau dapat buat acar ini, Terdapat berbagai variasinya ada yang menggunakan rempah, ada yang menggunakan cili aje..tetapi resipi saya ini adalah resipi yang selalu dibuat oleh arwah umi menggunakan serai dan lengkuas. Sedap dan harum baunya.

Saya masukkan telur puyuh rebus dalam resipi ini...cukup mantap.


Acar Rampai Telur Puyuh
  • 2 biji lobak merah dihiris memanjang
  • 2 biji timun dihiris memanjang
  • 7 biji bawang merah dibelah dua
  • 7 biji bawang putih dibelah 2
  • 20 biji telur puyuh direbus dan kopek kulitnya
  • 2 sdb bijan putih disangrai
  • 3 sdb minyak masak
  • 3 sdb cuka
  • garam dan gula secukup rasa


Bahan Blend
  • 25 tangkai cili kering
  • 3 batang serai
  • 1" lengkuas
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah

Blend semua bahan sehingga menjjadi pes basah

Cara Menyediakanya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga naik baunya dan agak pecah minyak
  2. Masukkan 1/2 caan air, cuka, gula dan garam
  3. Masukkan lobak merah biar seketika dan masukkan telur puyuh
  4. Akhir sekali masukkan timun, bawang merah, bawang putih dan bijan
  5. Adjust rasa dan angkat



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Friday, December 12, 2014

MANGO ASAM BOI/ JERUK MANGGA ASAM BOI




Bila sudah berhajat maka perlulah ditunaikan tuntutanya...ha..ha...sape mampu menolaknya...jeruk mangga asam boi yang menjadi "viral" sekarang ini...mahu tak mahu mesti cuba...perghhhh asyik dibuatnya. Walaupun kurang sihat disebabnkan kandungan gulanya tapi seperti dikatakan tadi kalau sudah berhajat....isu gula ditolak ketepi dahulu.

Paling sedap menggunakan mangga muda yang ranggup.






Mango Asam Boi Pickles/ Jeruk Mangga Asam Boi

Sliced Mango with Asam Boi and Bird's Eyes Chile.

Ingredients

  • 4 -5 biji mangga muda dihiris
  • 10 - 15  biji asam boi
  • 1 -2 cawan gula pasir
  • 5-7 iji cili padi dihiris nipis atau dibiar begitu aje
  • 2 -3 iji limau kasturi

Instructions


  1. Mangga dibuang kulit, dihiris nipis, diersihkan dan ditoskan airnya
  2. Gaulkan gula dengan mangga.
  3. Perah limau kasturi
  4. Masukkan asamb oi dan cili padi
  5. Perap dan simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Saturday, March 22, 2014

SALAD LIMAU JERUK


Masyallah...saya ni bukanlah pencinta masam-masam...tapi kali ini lain sedikit. Sibuk-sibuk dengan majlis perkahwinan anak saya, adik ipar saya siapkan menu ini untuk dimakan bersama nasi. Pada mulanya tidak berapa minat tapi bila dah cuba..hemmm...nyata sedap. Ha..ha...sekarang ini saya siapkan dan simpan dalam fridge bila agak lauk di rumah tidak menyelerakan saya akan keluarkan penyedap ini.

Mudah menyediakanya...cuma hirisan limau jeruk, hirisan bawng besar dan hirisan cili padi. masukkan garam, gula dan sedikit air limau...siap untuk dihidangkan. Tak caye pergi cari limau jeruk dan try....




Salad Jeruk Limau
Prep time

Cook time

Total time


Ingredients

1 -2 biji limau jeruk dihiris nipis
11 biji cili padi dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris nipis
secubit garam
1 -2 sdt air limau nipis
gula secukup rasa.

Instructions

Gaulkan semua bahan
Rasa dan siap dihidang.

 @PATYSKITCHEN, All images and content are copyright protected. Please do not use my images without prior permission. If you want to republish this recipe, please rewrite.

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...