Pages

Showing posts with label Appetizer. Show all posts
Showing posts with label Appetizer. Show all posts

Monday, October 16, 2017

TRAY BAKED NACHOS


Saya mempunyai satu habit kalau ingin sesuatu perlawanan atau pertandingan biasanya peringkat akhir yang selalu penuh dengan drama atau thrill tak kira sukan, nyanyian atau apa-apa yang suspen perlu ada sesuatu didepan TV untuk mengonyel....nachos ini adalah one of it...ha..ha this Mexican snak tak banyak kerenahnya, masuklah apa sahaja tetap sedap sebab nachosnya sudah memang sedap.

Resipi ini saya menggunakan daging kisar yang tumis, ala2 spaghetti sos dicurah atas nachos ditabur dengan cheese dan bakar. Nachos yang sudah siap dibakar ditabur pula dengan salsa wala memang mngasikkan dan susah nak stop...Untuk nachosnya saya menggunakan brand mission.


Tray Baked Nacho

Yield: - lebih kurang 5  orang makan
Mexican snak atau appetizer yang semakin mendapat tempat di negara ini. Mempunyai banyak variasi mengikut selera 
2 pak corn tortilla chips - saya guna brand mission

Bahan daging:
  • 1 sdb minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang bombay, cincang halus
  • 3 ulas bawang putih, cincang halus
  • 250 gram daging  cincang
  • 1/2 sdt oregano 
  • 1/2 sdt teh jintan 
  • 2 sdt serbuk cili (optional)
  • 1/2 sdt serbuk lada hitam
  • 2 sdb saus tomato
  • 50 ml air
  • 2 biji hijau buang bijinya dan cincang halus (optional)
  • Garam dan gula secukup rasa

 Bahan saus salsa/Taburan
  • 1 biji cili merah besar, buang bijinya dan cincang halus
  • 1 biji cili  hijau besar, buang bijinya dan cincang halus
  • 2 biji tomat merah potong dadu
  • 1/2 cawan buah zaiton
  • 1 cawan mozarella cheese parut

Cara membuat:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang bombay hingga harum dan transparan. Tambahkan bawang putih, tumis hingga harum dan matang. Masukkan cincangan daging kacau dan tumis hingga daging berubah warna menjadi tidak pink lagi. 
  2. Masukkan jintan oregano cili serbuk, lada sulah , sos tomato kacau hingga rata dan tumis selama 1 minit. 
  3. Tuangkan air, masak hingga air mengering. Masukkan gula, garam dan cili rasa dan angkat
  4. Letak tortilla di dulang bakar taburi daging, dan sedikit keju parut (optional), 
  5. Bakar selama 15 -20 minit atau sehingga keju cair
  6. Keluarkan dan tabur hirisan tomato cili dan buah zaiton
  7. Siap dihidang

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Tuesday, October 04, 2016

FRIED CHICKEN WANTON / WANTON GORENG


Chinese snack yang cukup popular se entero dunia. Intinya boleh dimasukkan apa saje yang kita suka. Untuk kali ini saya menggunakan ayam kisar yang diperap bersama bahan perapan. Saya masukkan daun bawang kerana daun bawang memang sinonim dengan masakan Cina. Snak ini sedap dihidangkan bersama cili sos


Wanton Goreng
Bahan2:
  • 1 paket kulit wantan
  • 200 g isi ayam- kisar   
  • 1/2 biji bawang besar cincang halus
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1 tsp minyak bijan
  • 1 sudu makan maggi seasoning
  • 1/2 tsp lada sulah 
  • 3 pokok daun bawang dihiris halus
  • garam secukup rasa


Cara2
Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. 

Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.




Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.
Notes


RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

Saturday, May 14, 2016

BRUCHESTTA WITH FOUL MADEMMES


Tiada resipi untuk entry kali ini, cuma ingin berkongsi cara bagaimana saya menggunakan lebihan kacang Pol, untuk dijadikan appetizer atau snak yang menarik  Inspirasi dari bruschetta, saya gunakan hirisan roti Peranchis dihiasi dengan salad, tomato segar dan telur rebus.

Hidangan sebegini sesuai buat sarapan pagi, minum petang atau majlis koktail




Saturday, April 23, 2016

SHRIMP CRACKERS / POPIAH RANGGUP INTI UDANG



Snak mudah disediakan. Saya guna kulit popiah dan intinya saya masukkan isi udang ditaburkan cheese dan ditangkup seperti roti sandwish. Krakers ini digoreng menggunakan minyak sedikit sehingga kekuningan. Krakers yang dah siap dipotong dan dihidang bersama cili sos..sedap dan very addictive





Shrimp Crackers

  • 1 paket kulit popiah size sederhana
  • 300 g isi udang dicincang
  • 3 tangkai daun bawang di hiris halus
  • 1 biji telur
  • 3 sdb tepung jagung
  • garam dan lada sulah secukupnya 
  • 1/2 cawan ceddar cheese parut
  • minyak untuk menggoreng

  1. Satukan isi udang daun bawang telur dan tepung jagung
  2. Masukkan garam dan lada sulah
  3. Gau rata
  4. Ambil sekeping kulit popiah letak inti ditengah dan takup dengan sekeping lagi kulit popiah seperti membuat sandwish taburkan cheese dan tutup
  5. Letak air bancuhan tepung dikeliling supaya kedua keping ditangkup cantik dan melekat
  6. Panaskan 3 -5 sdb minyak dalam kuali leper dan goreng sehingga kekuningan
Notes



RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


Thursday, April 21, 2016

CRISPY CHINESE WANTON


Resipi asal dari Rangoon Crab ini saya olah intinya dengan menggantikan ketam dengan isi ayam. Mudah menyediakannya Isi ayam direbus kemudian dicarik-carikan dan digaul bersama mayo, daun bawang, lada sulah dan garam

Berbagai bentuk boleh dihasilkan mengikut kreativiti masing tetapi saya mengguna cara mudah, lipat tiga segi. Juadah ini sedap dimakan bersama cili sos atau kicap cair


Crispy Chinese Wanton


  • 20 keping kulit wanton

Untuk Intinya
  • 1 ketul dada ayam direbus dan disiat-siatkan isinya
  • 3 sdb mayo
  • 1 biji  bawang besar didadu
  •  2 tangkai daun bawang dihiris halus
  • garam dan lada sulah

Satukan semua bahan dan diletak sebelah

Untuk Menyediakannya

1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 3 sdb air dijadikan gum

Masukkan inti dalam kulit wanton letakkan bancuhan tepung jagung, seal dan goreng sehingga kekuningan

    Notes


    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



    Wednesday, April 20, 2016

    NUGGET MAKARONI


    Tiada resipi khas untuk ini. Berlaku secara kebetulan kerana terlalu sayang hendak membuang lebihan makarni goreng yang dimakan untuk minum petang Saya pecahkan ebih kurang 5 biji telur digaulkan dengan makaroni goreng dan kukus lebih kurang 20 minit. Makaroni yang dikukus tu disejukkan dan potong empat persegi.

    Potongan makarni itu kemudian dicelup dengan pukulan telur dan disalut dengan serbuk roti lalu digoreng, Sedap dimakan panas-panas bersama cili sos....ha..ha tak tahu nama apa untuk diberikan saya namakan nugget makaroni kerana ia menyerupai nugget ayam yang selalu kita makana





    Monday, November 02, 2015

    MINI MAC & CHEESE CUPS / MUFFIN PASTA


    Terlebih rebus makaroni..jadi saya buat mac n cheese mini cup ini. Cuma perlu buat saucenya, gaul dan bakar. Sajian seperti ini sesuai dibuat hidangan minum petang atau pun sarapan pagi. Bagi tekak orang kita sedap dimakan bersama cili sos.


    Mini Mac & Cheese Cup

    • 2 cawan makarni masak
    • 2 sdb butter
    • 2 sdb tepung
    • 1 ½ cawan susu
    • 2 cawan keju parut
    • 50 g cream cheese
    • ½ sdt garam
    • ¼ sdt serbuk lada hitam
    • 1 biji telur dipukul

    Instructions

    1. Panaskan oven  400 F. 

    2. Dalam periuk cairkan mentega. Masukkan teapung dan biar masak lebih kurang 1 minit dan perlahan-lahan masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga adunan menjadi lincin

    3. Masukkan 1 1/2 cawan keju parut  (simpan 1/2 cawan untuk tabur diatas nanti) sedikit demi sedikit sedikit sambil dikacau. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan krim cheese kacau sehingga lincin

    5. Tuang adunan cheese kedalam mangkok makaroni yangtelah digaul dengan telur yang telah dipukul. Gaul rata sehingga makarni bersalut dengan adunan cheese

    6 Sudukan adunan kedalam acuan muffin yang telah disapu dengan mentega, taburkan dengan baki cheese atau serbuk roti dan bakar selama 15 - 20 minit
      Notes

      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Tuesday, October 06, 2015

      CRISPY WANTON CUP


      Resipi mudah dan sedap. Kulit wantn dibakar dan dimasukkan inti. Untuk inti boleh digunakan apa-apa bahan favourit kita, seperti udang, daging, ayam, ikan, sayur mahaupun sausage Untuk resipi ini saya gunakan sausage.

      Taburan cheese menambahkan keenakkan pada wanton cup. Sedap dihidang bersama Thai Cili Sos

      Crispy Wanton Cup
      Ingredients

      24 kulit wanton
      5 sausage dihiris nipis

      1 biji tomato dipotong dadu
      1 biji bawang besar dipotong dadu
      1 cawan cheese mozarella diparut
      2 sdb minyak zaiton
      garam dan lada sulah
      daun bawang untuk ditabur


      Panaskan oven pada 375F.

      Sapukan kulit antn dengan sedikit minyak, Masukkan dalam acuan muffin dan bakar selama 6 minit sehingga kekuningan

      Sementara itu panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu Masukkan sausage dan goreng sehingga gareng Masukkan garam, lada dan tomato. Gaul angkat disejukkan

      Keluarkan wantn dari oven dan masukkan inti tadi,

      Taburkan cheese dan bakar lagi  1-2 minit

      Angkat dan keluarkan dari.

      Taburkan daun bawang dan hidangkan

        Notes

        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Saturday, July 11, 2015

        IFTAR TREAT - SHRIMPS FRIED WANTON


        Satu yang saya suka tentang snak ini ialah ianya cukup ranggup dan mudah menyediakannya Untuk bahan intinya boleh digunakan apa saje. Resipi kali ini saya gunakan isi ayam dan udang dicincang bersama sengkuang air dan daun bawang.

        Snak ini sedap dimakan panas-panas bersama sos cili atau sos kicap


        Fried Wanton

        300 g ayam kisar
        150 g isi udang dicincang
        3 biji sengkuang air dicincang
        1 batang daun bawang dicincang
        1/2 sdt minyk bijan
        1/2 sdt sos ikan
        1/2 sdt tepung jagung
        sedikit lada sulah
        garam secukup rasa
        minyak untuk menggoreng

        Cara Menyediakannya

        1. Campurkan semua bahan sehingga sekata
        2. Sudukan inti masukkan kedalam kulit wanton dan punjutkan
        3. Panaskan minyak dan goreng kekuningan




        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

        all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


        Friday, June 05, 2015

        CRUNCHY POTATO BALLS / BEBOLA KENTANG RANGGUP


        Resipi mudah seperti membuat bergedil kentang, cuma untuk resipi ini saya masukkan edikit cheddar cheese dan salut bebola dengan bread crumbs sebelum digoreng. Bread crumbs menjadikan bebola ini ranggup di luar dan lembut di dalam.

        Sesuai buat sarapan pagi atau minum petang


        5.0 from 2 reviews
        Potato Balls
        Print

        • 2 cawan kentang lecek
        • 1 biji telur dipukul
        • 3/4 cawan cheddar cheese parut
        • 1/2 cawan daun bawang dicincang
        • 1/4 cawan daging kisar
        • 1/2 cawan bread crumbs
        • lada sulah sedikit
        • minyak secukupnya
         Directions
        1. Satukan semua bahan.
        2. Kepal seperti bebola
        3. Salut dengan bread crumbs. 
        4. Panaskan minyak dan goreng kekuningan.
        5. Angkat dan toskan


        Recipe Source :- PATYSKITCHEN

        @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

        Saturday, May 16, 2015

        DEEP FRIED OYSTER MUSHROOM / CENDAWAN TIRAM GORENG RANGGUP


        Cendawan Tiram murah sekarang ini. Satu paket besar di TESCO berharga RM5, cukup untuk menjadi hidang keluarga. Resipi cendawan tiram goreng ranggup ini sesuai dijadikan lauk atau appetiser. Terdapat dua cara menyediakanya. Cara pertama ialah menggunakan bancuhan tepung eperti membuat goreng pisang dan cara kedua adalah cara yang paling mudah dengan menggunakan tepung goreng ayam. Saya telah mencuba kedua-dua cara tetapi saya lebih selesa menggunakan cara mudah ia itu dengan menggunakan tepung goreng ayam. Cara ini adalah cara short cut, cendawan dicelup dengan telur dan disalut tepung lalu digoreng.

        Resipi di bawah ada resipi cara bater,....cendawan digoreng cara begini cukup enak dan lebih enak jika disaji bersama sos cili atau cili kicap.



        5.0 from 2 reviews
        Print
        Cendawan Tiram Goreng Ranggup


        Prep time
        Cook time
        Total time

        Serves: 12
        Ingredients
        • 1/2 cawan tepung gandum
        • 1/2 cawan taepung beras
        • 1 cawan air
        • garam secukup rasa
        • lada sulah
        • 1 sdt serbuk pati kube
        • 1/2 sdt 5 spice powder

         Method:

        1.  Bersih dan keringkan cendawan

        2.  Campurkan semua bahan sehingga menjadi adunan cucur

        3. Panaskan minyak, celup cendawan dan goreng sehingga   kekuningan.
        4.  Angkat dan toskan minyak. Hidang bersama sos cili atau cili kicap

        Recipe Source :- PATYSKITCHEN
        @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

        You Might Also Like These

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...