Pages

Showing posts with label Indian Food. Show all posts
Showing posts with label Indian Food. Show all posts

Wednesday, September 27, 2017

MASALA CHAI TEA


Masala Chai Tea biasanya saya buat cuma guna halia aje kali ini saya masukkan sedikit kayu manis dan buah pelaga. Sedap teh ini ha..ha sesuai buat buang angin badan. Paling cantik kalau dapat guna teh serbuk, saya tak ada teh sebuk saya gantikan dengan teh uncang.

Nak lagi sedap kalau dapat susu lembu segar. Rempah ratus direbus dahulu kemudian masukkan teh dan susu. Saya gantikan gula dengan maple sirap. Kemanisan kena adjust mengikut citarasa masing-masing apa pun teh ini memang ommphh.....ha...ha mai secawan







Masala Chai Tea

Yield: - 4 serving
Teh berempah yang semakin popular dewasa ini sedap dan memuaskan
    • 1 1½" halia diparut kasar
    • 1 3-i" kayu manis diketuk belakang pisau
    • 7 sdt serbuk teh hitam atau 6 uncang teh
    • 14 buah pelaga hijau diketuk sedikit
    • 2¾ cawan susu segar (boleh aje guna susu pekat jika suka agak2 kemanisannya)
    • ¼ cawan pure maple syrup (tidak perlu masuk kalau mengguna susu pekat
    • 3 1/2 cawan air

    Cara Menyediakannya

    1. Masak air bersama halia kayu manis bersama 3 1/2 cawan air sehingga mendidih lebih kurang 20 minit 
    2. Alihkan dari api dan masukkan serbuk teh dan buah pelaga dan biar seketika lebih kurang  2 minit.
    3. Letak semula periuk teh ke atas api sederhana dan masukkan susu dan maple sirap kacau selalu sehingga berbuih lebih kurang 5 minit. 
    4. Alihkan dari api dan tapis


      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


      Thank  You.-

      Tuesday, May 09, 2017

      KEEMA DAGING



      Keema adalah masakan daging cincang berempah dimasak cara tidak berkuah. Hidangan keema ini terkenal di Pakistan India mahupun Timur Tengah. Terdapat berbagai variasi keema. Kita mempunyai pilihan untuk sama ada menggunakan rempah kari atau kurma. Untuk resipi kali ini saya menggunakan rempah kurma dan bahan sampingan yang saya gunakan untuk memeriahkan keema ini ialah karot dan kacang peas. Kentang juga merupakan pilihan yang baik jika suka

      Keema ini sedap dimakan bersama roti atau capati. Keema yang berlebihan boleh digunakan sebagai inti karipap, samosa atau bun


      Keema Daging

        • 150 gram daging lembu cincang 
        • 2 biji tomato masak ranum, cincang
        • 1 1/2 camca besar tomato puree
        • 2 camca besar rempah kari kurma atau briyani
        • 3/4 camca besar serbuk ketumbar
        • 1 biji lada merah, potong kasar2
        • 1 biji cili hijau, potong kasar2
        • 1/2 cawan kacang peas
        • 3/4 cawan karot dipotong dadu
        • 1 cawan air
        • 1 batang kayu manis
        • 1 kuntum bunga lawang
        • 2 camca besar minyak sapi
        • 2 camca besar minyak masak
        • Garam dan gula secukup rasa


        BAHAN KISAR HALUS :-)
        3 biji cili hijau
        5 biji bawang merah
        3 ulas bawang putih
        1 inci halia


        CARA MEMBUATNYA :-)


        1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan tomato puree dan tumis hingga garing, tambah bahan kisar halus + serbuk kurma daging + serbuk ketumbar, kacau rata dan masak hingga rempah garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan tomato cincang dan daging kisar, kacau dan masak hingga air daging kering
        2. Tambah kacang peas dan tuang air. Kacau dan masak hingga pekat. Tambah cili merah, cili hijau, karot dan bawang besar yang dicincang tadi. Gaul rata, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama roti.

          Notes


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          Wednesday, January 18, 2017

          POORI BREAD WITH POTATO BHAJI / ROTI POORI


          Breakfast menu yang paling saya sukai. Kerap kali kalau membuatnya, saya akan skip nasi dan makan ini berulang-ulang..ha..ha. Saya sudah membuat 2 - 3 entry tentang roti poori ini tetapi kali ini saya mengguna resipi lain, resipi versi poori menggunakan yeast. Biasanya saya menggunakan resipi authentic India tapi kali ini mungkin resipi orang Melayu yang diolah mengguna yeast

          Mula-mula agak was-was tapi  bila melihat roti mengembang cantik masa digoreng makanya saya merasa leka. Cantik naiknya dan rasa tidak lari dari poori original. Untuk potato Bhaji saya kekal dengan resipi saya.



          Poori dan Potat Bhaji

            • 2 cawan tepung gandum*
            • 1sdt yis kering brand mauripan*
            • 1sdt gula*
            • 3sdb minyak masak*
            • 1/2 sdt garam*
            • 3/4 cawan air panas


            Cara-caranya

            1. Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai
            2. Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit. Saya uli dengan tangan je.. tapi doh rasa panas sikit la.. hehe
            3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong
            4. Peram selama 30 minit di dalam bekas bertutup
            5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana
            6. Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi. saya taburkan sedikit tepung gandum diatas tempat gelek supaya tak melekat. 2-3kali gelek je dah cukup pastu terus masuk dalam kuali. Goreng satu-satu. Sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung dan balik-balikkan.

            Potato Bhaji
            • 6 biji kentang dipotong dadu dan rebus
            • 1 biji bawang besar dicincang halus 
            • 2 biji cili hijau dihiris nipis 
            • 1 sdt biji sawi 
            • 1/2 sdt serbuk kunyit 
            • 2 tangkai daun kari 
            • 3 ulas bawng putih ditumbuk bersama halia 1" halia ditumbuk 
            • 2 sdb minyak masak sedikit asafoetida garam secukup rasa 


            Cara menyediakannya 
            1. Lecek separuh kentang dan letak sebelah Panakan minyak dan masukkan biji sawi goreng sehingga meletup-letup Maukkan daun kari dan bawang besar dan biar sehingga bawang besar layu. 
            2. Masukkan bawang putih, serbuk kunyit dan halia tumbuk Biar seketika sehingga naik baunya 
            3. Masukkan 1/2 cawan air dan kentang yang dilecek 
            4. Masukkan garam dan asafoetida Akhir sekali masukkan cili hijau dan kentang rebus tadi Balik-balikkan sehingga semua rata dan berpalut dan angkat

             Notes


            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you wa
            nt to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the


            Tuesday, June 28, 2016

            KASHMIRI LAMB ROGAN JOSH / KARI KAMBING KASHMIRI



            Kari Kambing ala Kashmiri ini menarik kerana ia tak perlu tumis, main rebus aje. Menarik tentang kari ini ialah penggunaan cili kashmiri yang cukup merah, Untuk kesesuaian dengan tekak kita saya masukkan sedikit kentang dan fresh tomato. Jika pandai memilih daging, menu ini sedap dicicah dengan apa-apa jenis roti sekali pun.



            Kashmiri Lamb Rogan Josh
            • 1 kg meat-cut into pieces
            • 5 cups water
            • 2 1/4 tsp salt
            • 1 Tbsp ground garlic
            • 1 cup pure ghee
            • 4 cloves
            • 8 green cardamoms
            • 5 tsp turmeric powder
            • 2 Tbsp onion paste-fried
            • 4 tsp Kashmiri red chilli powder-dissolved in a cup of water
            • 1/2 tsp saffron-ground and added to 2 tbsp warm water
            • 1 cup dry cockscomb (mawal) flowers-heated with a cup of water
            • 1/4 tsp black pepper powder


            Method

            Boil the meat in the water; remove the scum with a ladle until the water is clear.

            Add the salt and the garlic. Boil until the meat is half done.

            Remove from heat and take out the pieces of the meat. Wash them in a pan of cold water. Keep the meat aside. Then strain the water through a fine sieve and collect it in another pan.

            Return this pan to the heat and bring the water to a boil and add the meat. Meanwhile, heat the ghee in a pan; add the cloves, and saute until they crackle.

            Remove from heat and sprinkle a tbsp of water and cover.

            To the boiling water, add the green cardamoms, turmeric powder, clove-flavored ghee and the onion paste. Boil for another 10 minutes.

            Stir in the red chilli water. Reduce heat and cook covered until the meat is tender.

            Add the cockscomb flower extract, saffron water and black pepper powder.

            Notes
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




            Monday, June 27, 2016

            ONION AND GREEN CHILE PAKORAS


            Pakoras adalah antara juadah wajib ada tak tahu kenapa tapi nyata keinginan itu pasti ada Saya suka pakoras yang simple janji ia ranggup dan sedap. Bawang dan cili hijau cukup sedap dibuat pakoras. 

            Pakoras ini saya cicah dengan sos asam jawa....perghh biasa cukup mengenyangkan lepas terawih baru cari nasi

            Onion Pakoras

            • 1 cawan Gram flour atau tepung kacang kuda
            • 1 sdb tepung jagung
            • 1 sdt serbuk cili
            • 1 sdt serbuk garam masala
            • 1/4 sdt serbuk kunyit
            • 1 sdt serbuk halia
            • secubit soda
            • 1  tangkai daun kari dihiris halus
            • 1 biji bwang besar dipotong dadu (cincang)
            • 1 sdt jintan manis garam secukup rasa minyak untuk menggoreng air secukupnya



            Cara Membuatnya 

            1. Campurkan semua bahan, masukkan air dan pastikan adunan seperti jemput-jemput 
            2. Goreng sehingga kekuning-kuningan 
            Notes

            RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

            Thursday, June 23, 2016

            CHICKEN VARUVAL / AYAM KARI KERING



            Chicken Varuval ini adalah resipi favourite mana-mana restoran India atau restoran daun pisang. Bahan diguna adalah lebih kurang sama dengan kari biasa cuma ayamnya diperap terlebih dahulu dan ayam ini dimasak sehingga kering. Aroma varuval banyak datang dari rempah dan daun kari. Sedap dijadikan lauk dan makan bersama tosei atau roti


            Chicken Varuval

            Bahan-Bahan yang diperlukan:
            • 1 ekor ayam dicincang kecil


            Bahan untuk peram isi ayam:

            • 2 atau 3 sudu besar rempah kari ayam.
            • 2 sudu besar jus limau nipis.
            • 3 ulas bawang putih tumbuk
            • 1 sudu kecil garam atau cukup rasa.
            • 1 sudu kecil garam masala.
            • Adunkan semua bahan itu perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit.


            Bahan-bahan untuk menumis:
            • 1/4 cawan minyak masak.
            • 1 biji bawang labu merah dihiris halus.
            • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
            • 1 " halia dihiris nipis
            • 7 tangkai cili kering dipotong dua.
            • 2 kpg. kulit kayu manis.
            • 2 kuntum bunga lawang.
            • 3 kuntum cengkih.
            • 4 biji buah pelaga.
            • 15 helai daun kari.
            • 1/2 sudu kecil biji jintan putih.
            • 1 sudu kecil serbuk cili – boleh tambah kalau tambah pedas.


            CARA-CARA MENYEDIAKAN:
            1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak 
            2.Tumis hirisan bawang, goreng sehingga warna bawang bertukar kepada kuning keemasan, masukkan halia, bawang putih. Goreng hingga bau aromanya

            naik, seterusnya masukkan cili kering, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, biji jintan putih dan akhir sekali masukkan daun kari dan juga serbuk cili. Serbuk cili jangan sampai hangus pulak.
            3. Masukkan segera perapan isi ayam dalam tumisan tadi. Adunkan sebatian ayam dengan segala rempah-rempah tadi. Kecilkan api dapur supaya rempah tak hangus dan biarkan air dari isi ayam keluar. Tutup dengan penutup kuali untuk air dari isi ayam dapat dikeluarkan biar dalam masa 30 minit untuk masak dengan tudung tertutup. 

            4. Selepas agak ketulan ayam anda telah masak, buka tudung dan masak lagi 10 minit untuk proses kekeringan. Sekiranya minyak telah terhasil di sekeliling masakkan telah sempurna.

                Notes


                RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.




                Friday, June 17, 2016

                SPINACH LENTIL SOUP / BAYAM MASAK DHAL


                Masakkan harian yang cukup mudah disediakan. Masakan ini adalah Indian Style tapi biasanya tidak menggunakan santan, tapi saya masukkan santan. Sedap resipi dan boleh dijadikan sup menghirup

                Hidang bersama nasi panas dan sedikit acar makanya tidak berganjak dari meja makan



                Bayam Masak Dhal


                • 1 cawan dhal direbus
                • 1 ikat bayam dibersihkan dan dihiris halus
                • 1 cawan santan cair
                • 1 cawan santan pekat
                • 1 sdt serbuk kunyit
                • 1 sdt jintan putih
                • 1/2 sdt serbuk ketumbar
                • 1 biji bawang besar dihiris nipis
                • garam secukup rasa


                Cara Menyediakannya


                  1. Satukan semua bahan diatas api sambi dikacau sehingga mendidih dan bayar layu
                  2. Masukkan garam secukup rasa dan angkat

                  1. Notes


                    RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
                    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.


                    Friday, March 04, 2016

                    PUNJABI CHICKEN CURRY


                    Kari ini memang terkenal di India. Boleh dikategorikan one of the best Indian Street food. Macam kari ayam kita di Malaysia penggunaan rempah lebih kurang sama. Bezanya dengan kari kita, kita masukkan santan tapi kari ini dimasukkan tomato yang diblend. Karinya pekat dan sedap. Jika malas hendak menyediakan rempah ratusnya boleh aje digantikan dengan serbuk kari yang biasa kita guna.

                    Sesuai dimakan bersama nasi, roti canai dan apa-apa jenis roti.

                    Bagi yang berminat untuk mencuba saya sertakan linknya :- 

                    http://www.foodandwine.com/recipes/dhaba-chicken-curry




                    Sunday, September 06, 2015

                    PUNJAB ALOO GOBI


                    Another great India dish that I love so much, can eat with rice or pratha  I made this last night with my Naan bread....delicious and healthy dish, easy to prepare with simple ingredients.

                    Aloo Gobi
                    Ingredients


                    • 2 biji kentang dipotong dadu besar direbus dan tosksn
                    • 1 bunga kobi sederhana diptong ikut bunga dan celur
                    • 2 tangkai daun kari
                    • 2 bawang besar di cincang
                    • 3 ulas bawang putih ditumbuk bersama sedikit halia
                    • 1/ 2 " halia
                    • 1 sdt biji sawi
                    • 3 cili hijau dihiris nipis
                    • 1 sdt garam masala
                    • 1. sdt serbuk cili
                    • 1 sdt serbuk kunyit
                    • sedikit asafoetida
                    • garam secukup rasa
                    • 3 sdb minyak
                    Instructions

                    1. Panaskan minyak dan tumis biji sawi sehingga  atas meletop2
                    2. Masukkan daun kari diikuti dengan bawang besar
                    3. Bia bawang layu kemudian masukkan bawang putih dan halia, masak sehingga naik baunya dan masukkan garam masala, serbuk cili dan serbuk kunyit
                    4. Masukkan bunga kobis dan kentang yang telah direbus balik2kan masukkan garam dan asafoetida dn hirisan cili hijau adjust rasa
                    5. Jika teralau kering masukkan sedikit air

                    Notes


                    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
                    All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

                    You Might Also Like These

                    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...