Pages

Monday, May 18, 2015

IKAN PARI REBUS AIR ASAM


Ikan Pari dan Ikan Kembong adaah dua jenis ikan yang selalu menjadi pilihan untuk air asam ini. Biasanya ikan direbus dahuli, air asam dibuat secara berasingan dan dicurahkan diatas ikan rebus ini.

Menu ini popular di sebelah utara Semenanjung dan merupakan antara auk pilihan yang sungguh menyelerakan Saya meletakkan sedikit sos tomato dan kerisik daam resipi ini kerana rasanya lebih hebat.



5.0 from 2 reviews
Ikan Pari Rebus Air Asam Jawa
Print



Prep time
Cook time
Total time

Serves: 12
Ingredients
3 potong ikan pari diptong kecil
7 biji cili padi - ditumbuk
5 biji cili padi-dihiris1 cm belacan - dibakar terlebih dahulu 
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - Dipotong dadu
2 sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kerisik
2 biji limau kasturi
2 keping asam keping
Garam & gula.
Cara-cara membuatnya:
  1. Ikan direbus dgn asam keping, secubit garam dan sedikit air
  2. Biarkan ikan mendidih dan masak.
  3. Angkat ikan dan ketepikan.Air rebusan ikan jgn dibuang, buangkan asam keping yg telah direbus tadi.
  4. Masukkan bahan tumbuk ke dalam air rebusan tadi.  (Boleh tambah air lg jika inginkan kuah yg lebih)
  5. Masukkan bhn yg dipotong dadu dan dihiris tadi (tomato + cili padi & bawang besar)
  6. Masukkan pes asam jawa & perahkan 2 biji limau kasturi
  7. Masukkan sos tomato dan kerisik, garam & gula
  8. Sesuaikan rasa & kepekatan kuah yg diingini.
  9. Curah di atas ikan rebus tadi.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

3 comments:

Gee® said...

Waaaa...sedapnyaaa

Unknown said...

Tq i dh cuba buat yg mcm u ajar.. sodappp... tq very3 much

Kak Ngah said...

Tq share🥰 tgh buntu nak masak pari 😄

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...